BAB 6

29 4 1
                                    

Suasana di dalam kereta itu sangat sunyi. Tiada siapa pun yang membuka mulut untuk berbual.

Aryan mengerling sekilas ke arah Ardini yang sedang bermain dengan telefon di tangannya.

"Ardini" Ardini berpaling ke arah lelaki itu. Mata Aryan masih lagi menatap ke arah jalan raya.

Ye lah kalau tengok Ardini kang accident diaorang dekat tengah tengah jalan ni. Buat naya je, tak pasal pasal si Ardan Haidar tu jadi bapak naga.

"Ya, awak nak apa?" Tanya gadis itu lembut.

"Kau pelajar Aiden kan? Pelajar kos seni bina?" Tanya Aryan sekadar basa basi.

Ardini angguk kepala. "Haah, mana awak tahu?"

"Saya ni sepupu kepada Aiden, Cik Ardini. Setakat benda ni, senang je nak dapat tahu" selamba Aryan membalas.

'Eh bukan ke kau kemain merengek dekat Aiden semalam semata mata nak tahu semua tentang Ardini?' Bisik hatinya.

Aryan menjulingkan bebola matanya ke atas. Hati aku ni memang asyik nak jujur je kan.

Ardini tersenyum kekok. Dia mengaru tepi kepalanya yang berlapik tudung. "Errr lupa pula hehe"

Dia tersengih sehingga menampakkan lesung pipit di pipi sebelah kirinya membuatkan Aryan yang melirik sekilas ke arahnya itu terpana.

Aryan terus menoleh ke arah lain. "Cantiknya senyuman dia" pujinya dengan pipi merah dan senyuman manis.

"Apa dia? Awak cakap apa tadi?" soal Ardini hairan. Aryan cepat cepat memandang ke hadapan dengan wajah serius.

"Tak ada apa, awak salah dengar tu" katanya. Ardini hanya menganggukkan kepalanya.

"Dah sampai" Aryan memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah teres milik keluarga Tuan Nik Zackry iaitu keluarga Ardan dan Ardini.

"Terima kasih Aryan. Nanti kalau ada masa, saya belanja awak makan" ucap Ardini lembut.

Aryan mengiyakan. "Pergi masuk, nanti daddy awak marah"

Ardini keluar dari Lamborghini Aventador Aryan. Lelaki itu turut keluar.

"Saya masuk dulu" katanya kepada lelaki itu. Aryan hanya diam sambil melihat Ardini yang sudah masuk ke dalam rumahnya itu.

Bunyi enjin motosikal dari arah tepi membuatkan Aryan menoleh. Ardan turun dari motosikal berkuasa tinggi miliknya lalu mendekati rakannya.

"Kalau kau suka adik aku, cuba ambil hati dia. 2 minggu aku tak ada dekat rumah nanti, kau cuba la rapat dengan Dini" kata Ardan.

"Eh buat apa pula aku nak rapat dengan dia?" Aryan berpura pura seperti tidak tahu apa apa.

Tanpa aba aba, Ardan memukul kepala lelaki itu kuat sehingga Aryan berdesis sakit.

"Aku tahu kau suka adik aku la. Jangan nak menipu" Aryan mencebik.

"Dah, pergi balik!" Halau Ardan. Dia masuk ke dalam rumah meninggalkan Aryan keseorangan.

Aryan mengeluh lalu masuk semula ke dalam keretanya dan bertolak balik ke rumah.

TBC.
VOTE

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now