Mata Aiden memandang ke arah sekeliling ruang tamu rumah keluarga Ardan ingin mencari kelibat seseorang yang dia rindui.
Hari ini Tuan Nik Zackry mengadakan majlis doa selamat atas perkahwinan Nur Naila Aurora dan Nik Ardan Haidar yang berlangsung petang tadi.
Tak sangka, kahwin juga Mejar Jeneral kita ni. Senyap senyap kot, tak ajak pula tu! Nak kahwin juga!
"Mana dia ni..." keluh Aiden.
"Weh Aiden, kau ada nampak Ardini tak?" Tanya Aryan. Dia berdiri disebelah sepupunya.
Aiden menggelengkan kepalanya menafikan. "Kau pun cari dia ke?" Soal Aryan.
"Aku tengah cari Adeena" balas Aiden membuatkan Aryan mengangguk faham.
"Weh tu bukan diaorang ke?" Aiden menunjukkan ke arah khemah di luar rumah teres itu, khemah yang menyediakan makanan untuk tetamu.
Terlihat Zarisya dan Ardini sedang beratur untuk mengambil nasi di situ.
"Apa ku rasa, tak pernah ku duga, hadir dirimu merubah semua. Dan tanpa ku sedari kau mengajar diriku, membawa hidup erti baru. Sesungguhnya aku, tlah jatuh pada dirimu sesungguhnya aku mencintai hanya dirimu. Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku, sesungguhnya aku mencintai dirimu, sesungguhnya" nyanyi Aryan sambil memandang ke arah Ardini yang memakai baju kurung berwarna hijau muda dan tudung bawal yang sedondon.
"Siapakah aku di dalam hatimu, harus ku tahu kerna aku rindu. Dan tanpa ku sedari kau mengajar diriku membawa hidup erti baru. Sesungguhnya aku, tlah jatuh pada dirimu sesungguhnya aku mencintai hanya dirimu. Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku sesungguhnya aku mencintai dirimu, sesungguhnya" sambung Aiden pula. Dia menatap lama gadis kecilnya yang cantik berbaju kebaya berwarna baby blue dan tudung shawl berwarna dark blue itu.
"Kaulah yang terbaik yang pernah diriku miliki, kan kuberikan sepenuh jiwa hanya untuk dirimu. Sesungguhnya aku, tlah jatuh pada dirimu sesungguhnya aku mencintai hanya dirimu. Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku sesungguhnya aku mencintai dirimu. Sesungguhnya" nyanyian mereka diakhiri oleh Ardan yang baru saja muncul itu.
Aiden dan Aryan tersentak. Mereka terus mengalihkan pandangan ke belakang.
"Kau ni Ardan, buat kami terkejut je. Kau buat apa dekat sini? Bini kau mana?" Tanya Aryan pelik.
Ardan menjuihkan bibirnya ke arah gadis yang sedang berbual bersama Zarisya dan Ardini.
"Tu bini aku" Aryan dan Aiden mengangguk kepala mereka.
"Angau betul kauorang dengan Ardini dan Adeena kan" usik Ardan membuatkan kedua dua lelaki itu kembali memandangnya.
"Tapi diaorang sukakan kami ke, Ardan?" Tanya Aryan perlahan.
"Cuba biarkan diaorang pilih lelaki mana yang diaorang nak" kata Ardan.
"Tapi kalau dia pilih lelaki lain macam mana?" soal Aiden pula.
"Ali Bin Abi Thalib pernah berkata 'Jika kamu mencintai seseorang, biarkan dia pergi. Jika ia kembali, maka ia milikmu. Jika tidak, maka ketahuilah bahawa dia bukan milikmu"
Selepas saja Ardan menuturkan kata kata itu, dia menepuk bahu mereka berdua lalu beredar dari situ.
TBC.
VOTES.
YOU ARE READING
ADIRATNA MILIK QAYREN
RomanceSTAND ALONE SERIES 2 (Spin Off: His Sweetheart) AIDEN QAYREN & ZARISYA ADEENA START: 7/8/2024 END: 30/8/2024