BAB 22

18 1 0
                                    

Aiden memandang ke arah Zarisya yang sedang menulis itu. Dia bersandar di kerusi kerjanya.

"Cantiknya isteri aku" katanya perlahan seraya tersenyum manis. Mata masih lagi tidak beralih dari menatap isterinya.

Dia mengekeh perlahan tatkala Zarisya memandang ke arah lain selepas mata mereka bertembung. Dapat dia lihat pipi merah isterinya.

Tanpa dia sedar, ada sepasang mata galak memerhatikannya dari tepi kelas.

"Eish tak guna punya perempuan. Aku akan pastikan kau tak akan bahagia dengan Aiden, tunggu la kau!" Bisik Adira geram. Dia menggengam kuat pen di tangannya.

"Aku rasa kita kena bagitahu abang Ardan dan Aidan la" kata Athena kepada Ardini yang sedang menyalin nota di bukunya.

"Bagitahu apa?" soal Ardini tanpa memandang wajah Athena.

"Pasal betina tu la. Nampak sangat dia tak puas hati dengan Dee" Ardini terus mengangkat kepalanya.

Dia berpandangan dengan Athena. Mereka berdua seolah olah sedang berfikir sesuatu.

Tiba tiba Athena mendapat idea. Dia terus mengeluarkan telefonnya dari dalam beg. Ardini hanya melihat.

Dia mencari nombor telefon abang keduanya lalu menghantar satu pesanan.

Renna🌷
- Abang, adik rasa si Adira tu macam makin tak puas hati je dengan Dee

TING! Tak sampai satu minit, Aidan langsung membalas pesanan Athena. Ardini mendekatinya dan membaca chat itu.

Abang Aidan Hensem❤
- Dia ada cakap apa apa ke dekat Zarisya?

Renna🌷
- Tak ada tapi tadi dia ada datang dekat kami lepas tu puji puji abang Aiden pula. Macam ada agenda

Abang Aidan Hensem❤
- Hm. Tak apa, abang bincang dengan Aryan dan Arfan dulu. Apa apa adik bagitahu abang. Dah, fokus belajar tu

Athena mencebik. Alah baru ingat nak ajak Aidan pergi dating lepas kelas!

"Athena" panggil Ardini. Athena memandang ke arah rakannya.

"Tu, abang Aiden kau panggil" Athena terus bangun dan mendekati abangnya.

"Ada apa ni bang?" soalnya malas. Aiden memberikan sehelai kertas kepadanya.

"Nah, bagi dekat Deena jap" arahnya.

TBC
VOTE

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now