Athena memicingkan matanya untuk melihat sesuatu yang berada di tangan abangnya kini. Ardini yang melihat itu pantas menegur.
"Kau ni dah kenapa Athena Andrenna? Ada masalah ke?" soal gadis itu pelik.
"Cuba kau tengok benda yang ada dekat tangan abang aku tu" kata Athena. Ardini memandang pensyarahnya.
"Ada apa je yang pelik kat tangan abang kau tu? Aku nampak buku nota je"
"Haa!" Athena menepuk mejanya sehingga ada beberapa pelajar yang memandang ke arah mereka.
Zarisya pantas menutup mulut Athena. Aiden turut memandang ke arah mereka bertiga.
"Kau ni jangan nak bising boleh tak? Malu la orang lain tengok" marah Zarisya.
Athena tersengih di sebalik tekupan tangan Zarisya. Zarisya melepaskan tangannya dari mulut Athena.
"Sorry sorry. Aku just, ter excited je" Zarisya dan Ardini menjeling tajam ke arah Athena yang sedang tersengih seperti kerang busuk itu.
"Asal kau excited ni?" Tanya Ardini tidak faham.
"Buku yang abang aku pegang tu buku nota yang Adeena bagi dekat dia" jelas Athena. Dia melirik ke arah Zarisya. Wajah gadis itu sudah bertukar merah menandakan dia malu.
Ardini turut memandang gadis itu seakan akan faham apa yang sedang Athena fikirkan.
"Eish dah lah, jangan nak pandang aku macam tu. Aku nak buat kerja ni" Zarisya pantas memandang ke arah lain.
Athena dan Ardini ketawa. Mereka sama sama mula mencatat nota yang Aiden tulis.
KRING
"Baiklah, setakat ni saja pembelajaran kita hari ni. Kamu semua boleh balik. Oh ya, Zarisya Adeena. Tunggu sekejap, saya nak jumpa kamu" kata Aiden.
Zarisya mengangguk faham. Athena menolak sedikit bahu gadis itu.
"Byee bakal kakak ipar, aku balik dulu ya" usiknya..
"Athena Andrenna!" Terletus ketawa Ardini melihat Athena mula berlari jauh dari mereka.
TBC.
VOTE
YOU ARE READING
ADIRATNA MILIK QAYREN
RomanceSTAND ALONE SERIES 2 (Spin Off: His Sweetheart) AIDEN QAYREN & ZARISYA ADEENA START: 7/8/2024 END: 30/8/2024