BAB 26

21 2 1
                                    

WUEKK! WUEKK!

Aiden yang baru saja mahu masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Zarisya itu terhenti saat mendengar suara isterinya seperti sedang muntah?

Dia terus meletakkan laptopnya di atas meja kecil di sebelah katil mereka sebelum dia berlari mendekati bilik air.

"Adiratna...are you okay?" Tanya Aiden risau. Zarisya menggelengkan kepalanya.

Aiden mengosok belakang tubuh isterinya. "Dah? Tak nak muntah dah kan?" Soalnya lembut.

Zarisya geleng kepala. Aiden terus mendukung tubuh kecil isterinya dan dibawa ke katil mereka semula.

Dia baru saja selesai membuat kerjanya dan ingin masuk tidur namun tidak sangka isterinya sperti tidak sihat.

"Sayang, ok tak ni? Nak makan apa apa?" soalnya.

"Tak nak. Nak tidur, abang teman" kata Zarisya perlahan dengan nada manja.

Aiden senyum manis. Dia terus baring di sebelah isterinya, sempat dia mengambil minyak gamat di atas meja solek.

Zarisya memeluk erat tubuh sasa suaminya. Dia memejamkan matanya erat saat lelaki itu menyapukan minyak gamat di kepalanya.

Rasa lega, fuh.

Aiden menyimpan semula botol kecil minyak gamat itu lalu membalas pelukan Zarisya.

"Selamat malam sayang. Tidur elok elok, abang ada je dekat sini jangan risau"

Keesokan pagi itu, Aiden terus membawa Zarisya ke klinik milik Aidan. Besar dah adik aku tu, kaya pula tu.

Bini ja tak dak lagi.

Tanpa mengetuk pintu, Aiden terus menolak pintu bilik kerja Aidan. Terkejut lelaki itu dibuatnya.

"Kau nak apa ni?" Tanya Aidan malas. Dah la masuk macam tu je, nasib abang aku.

"Tolong cek isteri aku, semalam dia muntah muntah. Takut keracunan makanan pula" jelas Aiden. Aidan mengangguk faham, dia menyuruh Zarisya untuk mengikut jururawatnya.

Selepas 5 minit, Zarisya kembali di bilik Aidan semula. Dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"How?" soal Aiden.

"Ohhhhhhh ni bukan keracunan makanan ni"

"Habis tu apa?" soalnya tidak faham.

"Kerja kau la ni, bang. Kahwin tak sampai 5 bulan dah dapat anak" kata Aidan selamba. Aiden terus terbangun.

TBC
VOTE

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now