SPECIAL CHAPTER

30 2 0
                                    

"Aayash Qeefli...." panggil Aiden meleret. Dia memandang ke arah anak lelakinya yang sedang memeluk tali lehernya.

"Papa nak pergi majlis ni sayang, lepas lah" kata Aiden lembut. Aayash masih lagi bermain dengan tali leher Aiden, tidak mahu membenarkan ayahnya pergi bekerja.

Sekarang ini si kembar sudah berusia 5 bulan. Selalunya Zarisya yang menjaga mereka sewaktu Aiden tiada di rumah tetapi ada kerap juga ahli keluarga mereka datang ke sini.

"Adrean....tengok adik Rean ni" Aiden berpaling ke arah Adrean yang baring di sebelah Aayash namun anak sulungnya itu hanya melihatnya dengan wajah kosong.

Aiden mencebik. Dingin betul anak lelakinya yang sulung ni. Dah besar nanti mesti jadi Aiden Qayren 2.0

Yang Aayash pula nakal. Suka kacau adik adik dia iaitu Aura dan Afeena. Sama macam perangai Aidan dulu.

KLAK!

"Abang..." panggil Zarisya yang baru masuk ke dalam bilik tidur mereka bersama Aura dan Afeena.

Aiden terpaksa mengangkat tubuh kecil Aayash sekali sewaktu dia ingin berdiri.

"Adiratna.....tengok Aayash ni tak nak lepaskan tali leher abang" adu lelaki itu. Zarisya tersenyum lalu mendekati anak anak dan suaminya.

Aura dan Afeena diletakkan di atas katil sebelum dia memegang tangan kecil Aayash.

"Aayash....tak nak lah main tali leher papa. Kita main benda lain eh? Jom, ikut mama" pujuk Zarisya. Aayash terus melepaskan tali leher Aiden lalu tubuhnya didukung oleh Zarisya.

"Sayang dah siap?" Aiden memandang isterinya atas bawah. Gaun putih labuh itu menyerlahkan lagi kecantikan isterinya.

"Masyaallah, cantiknya isteri kesayangan abang ni" puji Aiden. Pipi Zarisya merah.

"Eyy jangan la puji, malu la" kata Zarisya namun Aiden masih lagi tidak serik.

"Cantik sangat Adiratna, rasa macam nak akad sekali lagi" Zarisya menepuk dada suaminya.

"Terima kasih" kata Aiden. Zarisya memandang suaminya hairan.

"Kenapa nak kata terima kasih pula?" soalnya pelik.

"Terima kasih sebab sanggup bertarung nyawa untuk lahirkan anak anak kita. Abang janji, ini adalah kali pertama dan terakhir Adiratna melahirkan. Abang dah tak sanggup lagi nak biarkan isteri abang sakit" ucap Aiden ikhlas.

"Abang sayangkan Adeena" Zarisya tersenyum lalu mengucup pipi suaminya.

"Adeena sayang abang juga"

• THE END •

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan vote untuk cerita ni. Lepas ni saya akan kembali fokus untuk siapkan Khalish Viera terlebih dahulu sebelum ke sambungan seterusnya.

Sequel Adiratna Milik Qayren:
Ardan's Little Flower

Kalau sudi tu, baca lah Khalish Viera pula ya, bye semua!

- Salam sayang, Nrlse

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now