BAB 25

23 1 0
                                    

Sebulan kemudian...

Zarisya memandang lama ke arah sekeliling satu kafe yang dihadiahkan oleh Aiden kepadanya.

Dia meletakkan tangannya di dagu seperti sedang berfikir sesuatu.

"Nak lukis apa lagi erk?" soalnya sendiri. Kafe itu dijaga sepenuhnya oleh abangnya, Zarif Adli namun lelaki itu tidak selalu berada di kafe ini atas sebab dia bekerja sebagai ahli Unit Tindak Khas (UTK) dan juga seorang pensyarah.

"Hai Adiratna Milik Qayren!" Sapa Aryan ceria. Terhinjut bahu Zarisya, dia menoleh ke belakang.

Wajah ceria Aryan dan wajah tenang Aiden yang sedang merenungnya itu dipandang.

"Awalnya kauorang balik" kata Zarisya. Dia mengambil tangan kanan suaminya lalu disalam.

"Si Aryan ni la, ada je nak ponteng kerja" kata Aiden menyampah.

Untuk pengetahuan semua, Zarisya sudah berhenti belajar di kolejnya dan memilih untuk bekerja di kafe ini.

Zarisya tergelak kecil. "Nak tanya sikit boleh?" Katanya. Aryan dan Aiden angguk kepala mengiyakan.

"Apa tu?" Tanya Aryan.

"Tak apa ke kalau aku berhenti belajar?" Itu la soalan yang selalu bermain di fikirannya.

Dahi Aryan berkerut. Rasanya dia sudah dapat mengagak apa yang sedang di fikirkan oleh gadis ini.

"Maksudnya kau takut yang kau rasa kau tak boleh berjaya sebab tak sambung belajar ke?" Soal Aryan inginkan kepastian.

Perlahan lahan Zarisya menjatuhkan kepalanya. Aiden tersenyum nipis.

"Tentu tak, Adiratna! Ingatlah bahawa setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang. Percaya pada diri sendiri dan teruskan usaha, kerana kamu lebih kuat daripada yang kamu sangka. Setiap hari adalah peluang baru untuk mencapai impianmu. Teruskan berjuang!"

Aiden berkata dengan lembut kepada isterinya. Dia menggengam erat tangan kecil isterinya.

"Tak kisah la siapa pun yang nak hancurkan rumah tangga kita, abang ada. Abang akan sentiasa percayakan Adiratna" kata lelaki itu.

"Dan kami tak akan biarkan sesiapa pun kacau rumah tangga kauorang" sokong Aryan yakin.

Zarisya tersenyum manis. Ya, tiada apa yang perlu dia risaukan sekarang.

TBC
VOTE.

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now