*Skip malam
Aiden memandang jam di tangan kirinya sambil bersandar di kereta Lamborghini Vaneno miliknya. Dia memakai hoodie berwarna biru gelap malam ini.
Bukan selalu dia pakai hoodie ni, asyik pakai kot je.
"Mesti cantik kan Adeena malam ni" katanya sambil terbayang bayang tentang gadis itu hingga tidak sedar bahawa gadis itu sudah berdiri dihadapannya.
"Hai abang Qay" sapa Zarisya namun Aiden masih lagi termenung.
"Abang Qay?" Dia memetik jarinya di hadapan wajah lelaki itu. Aiden tersentak.
"Ah Deena. Maaf, abang termenung tadi. Teringat kerja abang sikit" pinta Aiden.
Haduhh buat malu je terbayang pasal Adeena tadi. Tapi......dia memang nampak cantik malam ni.
Tidak dinafikan, gaun labuh berwarna baby blue itu menambahkan lagi kecantikan Zarisya.
'Kan aku dah cakap. Dia memang akan nampak cantik la malam ni' bisik hati Aiden.
Aiden membuka pintu keretanya di bahagian sebelah pemandu. "Shall we?" Soalnya.
Zarisya mengangguk kepala. Dia lantas masuk ke dalam kereta lelaki itu. Aiden menutup pintu kereta lalu masuk ke tempat duduk pemandu.
Zarif yang dari tadi melihat adik dan rakannya terus mengambil kunci motosikalnya lalu keluar dari rumah.
Apa? Ingat dia akan bagi Aiden berdua duaan dengan adik dia ke? Oh tentulah tidak!
"Kita nak pergi mana ni abang Qay?" Tanya Zarisya pada Aiden yang sedang memandu itu.
Aiden melirik ke arahnya sekilas sebelum kembali memandang ke arah jalan raya.
"Taman" balasnya singkat.
Zarisya mencebik. Alahhh balas la panjang sikit, ni tak dingin. Aiden yang melihat itu dari ekor matanya hanya tersenyum kecil.
Comel!
TBC
VOTE.
YOU ARE READING
ADIRATNA MILIK QAYREN
RomanceSTAND ALONE SERIES 2 (Spin Off: His Sweetheart) AIDEN QAYREN & ZARISYA ADEENA START: 7/8/2024 END: 30/8/2024