BAB 15

13 1 0
                                    

Seminggu kemudian...

Zarisya memandang lama ke arah inai merah dijarinya. Tak sangka, bahawa dia akan menjadi seorang isteri esok.

TOK!

TOK!

TOK!

Zarisya mencapai tudung sarung yang ada di atas katilnya lalu dipakai sebelum membuka pintu.

"Siapa tu?" Soalnya.

"Abang ni" suara serak basah Zarif kedengaran. Zarisya terus membuka pintu biliknya.

Zarif masuk ke dalam bilik adiknya. Dia memandang ke arah sekeliling bilik itu. Zarisya hanya menatap wajah abangnya.

"Abang? Kenapa datang bilik abang malam malam ni?" Tanya Zarisya pelik. Zarif menoleh ke arahnya sebelum tubuh kecil Zarisya dipeluk erat.

"Abang? Eh kenapa ni?" soal Zarisya pelik saat baju jersi lengan panjang yang dia pakai terasa basah.

"Adik......hikss hikss...adikk" kata Zarif tersekat sekat. Zarisya menepuk belakang badan abangnya.

"Hey, tell me. Kenapa ni abang?" Ulang Zarisya.

"Abang tak sanggup nak berjauhan dari adik. Adik dah duduk dengan abang sejak adik lahir. Abang tak sanggup nak lepaskan adik pada Aiden" kata Zarif. Suaranya terasa perlahan di ceruk leher adiknya.

Zarisya tersenyum kecil. Lah pasal tu je rupanya. Baru dia tahu yang abang dia ni cenggeng rupanya.

"Abang, tak ada apa la. Adik boleh je datang sini jumpa abang kan. Bukannya Qayren tak bagi" pujuk gadis itu.

"Abang takut dia sakitkan adik. Abang sayang adik abang" kata Zarif lagi. Dia mengetatkan pelukan mereka.

Itulah perkara yang membimbangkan lelaki itu dari dulu. Dia terlalu menyayangi adik perempuannya sehingga dia tidak sanggup ingin berjauhan darinya.

Ariq Rafael dan Sumayyah Arissa yang sedang mencari Zarisya itu tersenyum  di sebalik pintu bilik anak gadis mereka.

Mereka berdua sudah mendidik anak anak mereka dengan baik. Alhamdulillah.

"Adeena" Ariq mengetuk pintu bilik anaknya.

"Yes papa?" Ariq menolak pintu yang tidak rapat itu. Dilihat Zarif masih lagi memeluk adiknya.

"Qayren ada dekat bawah, dia nak jumpa adik katanya. Nak bawa adik pergi satu tempat" kata Arissa.

"Tempat apa?" Bukan dari Zarisya namun Zarif. Arissa mengangkat bahunya.

"Entah, pergi la turun bawah tu kesian dia tunggu" kata Ariq. Zarif meleraikan pelukan.

"Jom, abang teman adik" kata Zarif. Dia ditahan oleh Ariq.

"Tak payah, Zarif Adli. Biar adik kamu je turun" bukan dia tak tahu betapa protectivenya anak sulung dia ni.

"Tapi papa..."

"NO!"

TBC
VOTES

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now