BAB 21

22 1 1
                                    

"Yoww selamat pagi, cik Adeena" sapa Ardini. Zarisya yang baru saja masuk ke kelas mereka itu tersenyum.

"Selamat pagi" balasnya. Dia duduk di sebelah Athena.

"Eh salah la, bukan Cik Adeena tapi Mrs Aiden Qayren" kata Athena pula. Dia menaikkan sebelah keningnya ke arah kakak iparnya.

Kakak iparnya? Wow dah naik pangkat la.

Zarisya ketawa. Macam macam la dua orang ni, suka usik kita betul.

"Hai Adeena" sampuk seseorang. Mereka bertiga menoleh ke belakang. Adira yang sedang berjalan mendekati mereka itu dipandang.

"Ya, nak apa?" Tanya Ardini malas. Selepas saja mereka pulang dari majlis perkahwinan Aiden dan Zarisya dua hari lepas, Ardan memberitahu adiknya tentang firasatnya mengenai Adira.

"Nothing, just nak cakap, jaga jaga ye. Laki kau tu dah la kaya, hensem, full package. Mesti ada orang nak kan dia juga" kata Adira sinis.

Mata Zarisya terus berubah tajam. Athena menyandarkan badannya di tepi dinding kelas.

Zarisya mendekatkan dirinya dengan gadis itu.

"Kau dengar sini eh Alya Adira, Aiden Qayren bin Ummar Qalish is mine and forever mine and no one can take him from me, understood?" Katanya dingin.

"Kau cuba la rampas abang aku kalau boleh, memang siap kau dengan aku" Athena memberi amaran.

"Kau-" kata kata Adira dipotong oleh Aiden yang baru masuk.

"Hai Assalamualaikum semua" kata Aiden. Adira terus berlari ke tempat duduknya.

Athena menarik lembut tangan kakak iparnya lalu dibawa ke meja mereka semula.

TBC
VOTE

ADIRATNA MILIK QAYRENWhere stories live. Discover now