Bab 1

587 11 1
                                    

Dua gelas teh dihidangkan oleh pelayan Di sebuah kedai Yang agak mewah . Daren Qail Dan juga Sahabat nya Jayden Aaqil sedang berbual bual kosong .

" APA ! Kau nak kahwin ? " Terbeliat mata Daren dibuatnya . Biar betul sahabatnya ITU ingin Membina rumah tangga . Katanya , tidak berminat untuk  mengenal wanita sebelum ini .

" Aku tak tipu , yes memang aku nak kahwin . Aku nak Ada anak , hidup bahagia " Jawab Jayden tegas . Walaupun  umurnya baru sahaja mencecah 25 tahun , pemikiran nya Yang Luas , tegas Dan matang . Tidak macam Daren umurnya sudah cecah 28 tapi Masih kebudak budakan . Tidak berminat dengan wanita . Hanya ingin fokus kepada kerjayanya .

" Ewah , kau tak fikir bahaya ke jay ? " Jay adalah Nama panggilan Jayden Yang dipanggil oleh Daren .

Walaupun Daren kebudak budakan , dia tahu kesan kepada wanita Yang berdampinginya . Mereka adalah commando . Bila bila masa sahaja musuhnya boleh membalas dendam . Sebab itulah , Daren tidak berminat untuk berkahwin . Dia takut disebabkan dia , Ada lagi nyawa Yang hilang .

Trauma Daren adalah kematian . Kematian ibu , kakak , adik , ayah adalah disebabkan oleh dirinya . Musuh Yang berdendam dengannya , habis membunuh keluarganya . Dengan ini , dia tekad untuk tidak lagi merapatkan dirinya dengan siapa siapa . Buat masa Sekarang , hanya Jayden Yang dianggap penting baginya.

" Aku tau la , aku ni Kaya boleh je ambik PA ( personal assistant ) " Jawab Jayden lagi.

" Amboi , tak takut dia jatuh Cinta ke ? " Daren melawak . Entah APA Yang lawak . Sehingga Daren ketawa terbahak bahak .

Jayden ketawa kecil .

" Bila kau punya Majlis ? " Soal Daren .

" Selepas tugas Kita selesai " Jawab Jayden . Majlis dia bersama bakal isterinya akan menjelang tidak lama lagi . Tugas mereka juga tidak lama lagi Kira Kira pada minggu hadapan .

Kring kring ! Kedengaran Telefon bimbit Yang berada didalam seluar kocek Jayden berbunyi . Bakal isteri menelefonnya . Jayden menekan tombol accept .

Dia mengangkat punggungnya " Aku cau dulu , my future wife ajak jumpa " Jayden pamit .

Daren mengangguk . Mengeluarkan senyuman manis . Paham sangatlah orang sedang dilamun Cinta .  Dia menghabiskan sisa airnya Yang berada Di Dalam genggamannya .

Kaki melangkah keluar menaiki kereta. GTR meluncur laju Di atas jalan Raya . Menuju kerumahnya .

Usai keretanya tiba Di depan pagar rumah Yang mewah Dan gah , dua pemuda membuka pagar iaitu assistant Yang disewa untuk mengawasi rumahnya . Kereta diparking dilaluan bawah tanah. Beep beep. Alat kawalan jauh ditekan . Maknanya , kereta sudah di kunci .

Melangkah masuk ke Dalam rumah . Beg berjenama Mahal Di letakkan Di atas rak . Daren menuju ke bilik tidurnya . Membuka pintu almari . Baju commando nya Di ambil Dan dilempar ke atas Katil . Sudah tidak sabar dia ingin pergi masuk ke kerjanya semula . Dia diberikan cuti selepas tugas nya selesai dua minggu Lepas .

Tangan menggaru pipi . Entah APA Yang ingin dia buat Sekarang . Bosan .

***********

Jam menunjukkan 5 petang . Dia mengambil langkah untuk ke bilik air bersebalahan dengan bilik tidurnya Yang Luas . Ambil wuduk . Solat .

Tangan meraba kocek seluarnya . Mengambil Telefon bimbit miliknya . Nombor Jayden ditekan .

" Assalamualaikum Jay , aku on the way nak pergi rumah kau . Boleh ke ? Bosan duduk rumah Sorang Sorang " kata Daren . Bosan ! Siapa suruh menyingle je ?

" Hah Tu lah kau , bosan Cari aku. Bosan Cari aku . Siapa suruh tak Cari Bini ? Ingat aku Bini kau nak 24 jam berkepit . Aku takde dekat rumah la tengah spend time dengan my future wife . Nak bincang fasal kahwin . Majlis Kita orang Kan tak lama dah" Bebel Jayden . Muak Hari demi Hari hanya muka Daren Yang kerap berada dirumahnya selepas kematian keluarganya dia asyik datang ke rumah Jayden . Masanya Sekarang hanya lah tertumpu kepada bakal isterinya ITU .

" Halah , kau ni pun APA salahnya Sahabat nak datang rumah kau . Berkira eh Sekarang , mentang mentang lah dia nak kahwin . Sombong nampak " sindir Daren . Sebelum ini tiada Pula Jayden ingin bantah . Dia bagi saja jika Daren ingin datang ke rumahnya. 

Cantik sangat ke bakal isterinya ITU ? Sampai nak datang ke rumah pun tak Ada masa untuk mereka berbual bual.

" Hah yelah , lepasni kalau Ada masaalah jangan Cari aku dah " Daren mendengus lembut . Sayu didengari oleh Jayden . Sahabatnya Seorang ini Susah betul nak faham keadaan nya Yang sedang dilema Cinta .

" Aku bukan apa , takkan la aku nak bagi kau duduk Sorang-sorang dekat rumah Tu ? " Jawab Jayden tegas .

" Yelah aku faham " Daren menutup panggilan Telefon Jayden . Manja betul lelaki ni .

Telefon Di lemparkan ke atas Katil . Bosan .

Dia mula Rasa lapar . Perutnya berbunyi kencang . " Diam lah kau perut , sikit sikit nak mintak makanan , ingat aku ni APA nak bagi kau makan je Hari Hari " Lah , perut Pula disalahkan . Dia ibarat wanita Yang berwajah lelaki . Semua betul tidak pernah Salah .

Daren mengambil langkah ke dapur . Mengambil sepinggan hotdog Yang digoreng oleh nya pagi tadi . Sedap .

" Puas kau perut ? Lepasni jangan kau nak bunyi lagi " hampir gila kut laki ni . Mungkin perlu Bini untuk pulihkan balik mental dia ni.

*********

Tiba lah masanya untuk Daren kembali ke kerjanya . Dia datang bersama Jayden . Kereta BMW nya dipandu laju oleh Jayden . Sedap pulak dia Naik kereta aku !

" Eh kau bawak la elok sikit , aku sayang sangat kereta ni . Tak fasal fasal Ada jugak Yang  ke kubur nanti " tegur Daren . Jayden membawa BMW ITU hampir 180 kilometer per jam . Laju betul . Si Daren Pula penakut . Selalu dia hanya membawa nya 100 kilometer per jam .

Jayden ketawa sinis . Giginya Yang putih suci kelihatan begitu terususun. Lagi Di tegur , lagi dia melajukan BMW Yang dipandu oleh nya Itu . Daren terketar ketar . Pemegang Yang berada Di Sisi kereta Di pegang rapat olehnya . Kalau lah aku tau macam ni dia bawa , memang tak lah aku nak bagi .

Usai mereka tiba Di destinasi Yang dituju , mereka terus masuk ke pejabat Dan bertemu dengan ketua .

" Assalamualaikum " Daren memberi SALAM terlebih dahulu . Dia mengangkat tangan usai dia membuka pintu bilik ketua nya Itu . Dia memang melayan ketua nya seperti rakan sekerja sahaja . Mereka dua memang masuk air . Walaupun pangkat mereka jauh berbeza.

" Eh Daren . Welcomeback my man " ketuanya ITU mengangkat tangan kembali . Daren memeluknya rapat . Rindu . Dia sudah anggap ketua nya bagai ayahnya sendiri .

" Jemput duduk Jay , Daren " jari telunjuk nya Di tunjuk kepada dua buah kerusi didepan mejanya.

Mereka melabuhkan punggung diatas dua buah kerusi ITU .

" Tugas Kita tak lama lagi jay , Daren  . Korang sudah bersedia ? " tegas ketua . Baru sahaja masuk tidak sampai Lima minit , sudah sebut tentang hal itu ? Kesihatan aku taknak Pula Dia Tanya. Aku ok ke ? Aku makan cukup ke ? Perut aku tak bunyi ke ?

" Kita orang dah bersedia . Yang penting kalini saya pasti tiada yang kehilangan nyawa . Kami akan Cuba sehabis baik " Jawab Jayden matang .

" Alamak , acah lebih je mamatni entah-entah ke kubur juga " lintasan didalam hati Daren . Dia tahu Jayden hanya berpura Pura didepan ketua nya Itu . Dibelakang mengumpat tak habis .

" Macam mana awak pulak Daren ? Dah bersedia ? Termenung je nampak " ketua melambai lambai Tangannya Di muka Ku . Jauh Pula aku termenung tadi .

" Dah bersedia captain ! Macam jay cakap , tak Akan Ada Yang kehilangan nyawa kalini . Saya Akan Cuba sehabis mampu melindungi nyawa mereka , terutamanya adik jay kesayangan saya seorang ni " Daren mengeluarkan senyum sinis . Tangannya menepuk bahu Jayden .

" Okay ! Hari rabu ni Kita bertolak , Minta semua ahli pasukan bersedia . Training petang ni jangan lupa , cau " kata ketua . Lalu mereka berlalu pergi menginggalkan ketua mereka didalam pejabatnya.

Comando's : Daren Qail (0G)Where stories live. Discover now