Bab7 ( tunang )

109 3 0
                                    

1 minggu Berlalu , aku bekerja seperti biasa. Balik , Mandi , tidur selepas ITU berulang ulang.

Aku juga perasan , kehadiran Daren pun lesap Di pandangan Ku. Mungkin dia sudah kembali bekerja . Dia Kan chef atas kapal pasti dua minggu kerja dua minggu balik. Ataupun dia sudah pasrah dengan Ku? Haih , terserah dia lah nak hidup ke nak mati.

Kereta myvi Ku Di parking Di depan rumah. Aku mula menapak masuk ke rumah. Disitulah aku lihat ibu tercegat Di halaman ruang tamu . Dia pasti menunggu kehadiran Ku kerana matanya tidak beralih sejak aku selangkah masuk ke Dalam rumah. APA Salah aku pun tidak tau.

Aku juga melihat hiasan di halaman ruang tamu ITU agak lain . Dengan kerusi Yang empuk Dan terlihat Masih baru . Pasti Mahal . Dekat mana pulak dah ibu korek duit beli kerusi ni. Esok ibu Ada buat APA APA Majlis ke ? Tiada info pun. Bertubi tubi soalan Dari fikiran aku.

" Ayla meh sini " ibu memanggilku.
Aku turut perintahnya Dan berlalu pergi ke arah ibuku. Dia menghulurkan sebuah baju kebaya moden kepada Ku. Tergamam juga aku , kerana baju kebaya ITU bukan nya murah tapi sudah pasti Mahal. Material Kain nya juga bukan biasa tapi berbaldu.

" Pi masuk Dalam bilik pastu pakai mak nak tengok " pintah ibu. Aku menapak masuk ke Dalam bilik .

Baju kebaya disarung ke badan aku. Cantik warna maroon. Aku suka sangat.
Betul betul size baju ini elok dengan Ku.

" Mak cantik tak ? " Soal Ku kepada ibu Yang sedang menunggu Ku Di halaman ruang tamu.

" Cantik anak mak , macam mana size dah Okey ? " Dia memuji Ku.

" Size dah okay mak , tapi untuk APA tiba tiba aje mak bagi . Kebaya ni pun nampak macam Mahal aje . Ni dengan Kain , kerusi bagai untuk APA ? " soal Ku. Curious kerana tiba tiba aje ibu kelakuan begitu . Aku nampak perubahan air muka mak cuak. Entah APA Yang dia sorok Dari Ku.

" Mak saja ja nak buat Majlis esok , untuk sedekah anak yatim Dan orang kampung Kita ni " ibuku menjawab laju. ITU aje Rupanya . Kenapa perlu pakai baju macam ni bagai .

" Esok Kamu pakai la ye baju ni . Bangun pagi Tu biar la awal sikit . Kamu cuti Kan esok ? " Aku memang cuti esok. Ingat nak luang Kan masa dengan naira Di luar negeri. Sementara Kami Di beri cuti selamat tiga Hari , Kami berniat untuk ke Cameron Highland. Nampak nya hajat Kami tidak dapat diteruskan. Macam mana pun aku tetap perlu utamakan ibu ayahku.

" Ye mak "

" Bagus lah Tu pi lah rehat maaf la mak kacau Kamu " dia memohon. Entah APA Yang Di kacau nya. Aku Okey aje. Aku hanya senyum Dan mengangguk laju.

Aku membuka Telefon bimbit Ku. WhatsApp Di tekan. Lama sudah Daren tidak mesej aku . Entah hidup ke tidak la lelaki Itu. Kadang Ada juga aku teringat kepadanya. Tapi , aku taknak perasan sendiri . Hmm.

**********

Keesokan harinya aku hanya buat seperti biasa . Mandi , sarapan Dan pakai baju kebaya Yang diberi oleh ibu semalam. Terletak elok Di badan Ku. Ini kalu Daren tengok dia pasti cair dengan Ku. Ewah.

Aku menoleh ke tingkap bilik Ku. Beberapa wanita Yang mungkin sudah berumur datang ke rumah Ku. Mungkin kawan rapat ibu lah kut. Ada juga saudara mara Ku datang. Ada juga Yang aku tidak kenal.

Tok tok tok. Pintu bilikku Di ketuk.

" Ayla ! " Sepupu rapat Ku menyapa Ku. Terkejut aku. Sudah lama Kami tidak berjumpa selepas dia mendapat rawatan kerja sebagai lecturer. Aku kagum denganya.

Aku memeluknya erat. Sehinggalah dia sendiri merungkaikan pelukan Kami. Namanya siti. Cantik , sopan santun orang nya.

" Mak kau suruh aku make-up Kan kau . Kau pilih la nak foundation code APA " dia menyoal Ku. Ibu sudah buang tabiat ke sampai nak suruh aku make-up. Sebenarnya Semasa Majlis berlangsung harini Kalau ikutkan hati aku , nak terperap Aje Dalam bilik . Ini mujur lah baju Ku Yang cantik Ada juga lah confident nak pi ambik makanan . Kalau tidak kebulur aku dekat sini.

Comando's : Daren Qail (0G)Where stories live. Discover now