Jumaat : 5/5/2023
" Daren Qail Binti Damien Qail "
" Saya "
"Aku terima nikahnya Ayla Aaileen Binti Aiman dengan mas kahwin nya 100 ribu ringgit tunai.."
" SAH ?"
" SAH "
" SAH "
Semua menghembus nafas lega.
Dengan satu lafaz , aku telah SAH menjadi isteri kepada Daren Qail. Iaitu , ikatan Kami hanya boleh dipisahkan dengan lafaz talak oleh sang suami. Takdir Allah , ini lah Yang dinamakan jodoh , lelaki Yang aku tidak pernah kenal malah , dia telah SAH menjadi suamiku.
Lantas ITU , Daren melangkah menuju ke arahku untuk pembatalan wuduk.
Telapak Tangannya singgah dikepalaku. Lalu , dagu Ku dikucup. Cincin EMAS disarungkan Di jari Manisku.
" Thank you Ayla " Daren senyum Lebar hingga lesung pipit nya terbentuk. Wajah ITU bermain-main Dalam fikiran Ku.
Tangan Ku dipegang oleh Daren selepas sahaja jurugambar ingin mengambil FOTO Kami Berdua. Terasa hangat ditanganku. Terus luruh jantung Ku Yang berdebar hingga membuatkan aku ingin pengsan disini tadi.
Tepat jam 2 petang , Kami telah tiba Di Majlis. Usai Kami tiba , semua bertepuk tangan teruja melihat pengantin tiba. Ada juga Yang mengambil FOTO.
Aku terkelu , Majlis ini dihiasi dengan Tema melayu kelasik. Cantik. Sebelum ini , Daren hanya merahsia Kan padaku , tak sangka Yang dia memilih untuk bertemakan melayu kelasik.
Kami hanya berpegangan tangan hingga tiba Di pelamin bewarna putih. Daren mempelawa Ku untuk duduk dahulu.
Mak Dan ayah Pula berada Di meja Yang tidak kurang 5 meter Dari arah Kami. Aku melambai-lambai ke arahnya. Wajah Tua mak Dan ayah senyum membuatkan hati aku gembira . Air Mata mereka mula membasahi pipi. Mungkin tak sangka , anak Dara mereka sudah pun menjadi seorang isteri.
Aku bersyukur Allah SWT memudah Kan urusan Kami pada hari ini. Semuanya berjalan dengan lancar.
Jam 9:00 Malam Kami Masih disini. Saudara mara Daren semua nya sudah bertolak balik ke negeri masing-masing. Hanya tinggal mak Dan ayah Yang Masih duduk Di meja berbual-bual kosong.
Aku meneguk air sirap limau Yang menjadi pilihan air pada majlisku. Rasa Segar tekak. Dari petang tadi tekak aku mula Rasa Kering. Bukan APA , habis 5 kg air liur berbual dengan doctor naira Sahabat Ku ITU. Merajuk Pula dia , Yang aku tak bagi tahu kami sudah lama bertunang. Terpaksa ya , suami Ku sendiri Yang menyuruhku untuk rahsiakan pertunangan Kami.
" Ayla ! " Tegur Daren. Suamiku.
Aku menyuruhnya untuk duduk Di tepiku.
" Tak sangka Kan ? Dalam masa sekejap je Kita kahwin " dia ketawa kecil.
" Awak Tu , Yang tak pandai nak sabar , saya follow ajelah " turn aku Pula untuk ketawa.
" Jom , balik rumah mak " dia mempelawa Ku untuk bangun Dari duduk. Aku akur. Katanya , mahu bermalam Di rumah mak Dan ayah dahulu untuk Malam ini. Ya , ITU juga pilihan Ku. Segan lah , mahu bermalam dirumahnya.
*****
Kami mengambil langkah untuk terus masuk tidur selepas sahaja masuk ke rumah mak. Mengantuk sangat.
" Dah nak masuk bilik dah? Taknak borak-borak dulu ke ?" gurau ayah. Mak ketawa kecil lantas mencubit lengan ayah.
" Ye yah , kakak masuk dulu . Penat , nak tidur " aku senyum Dan terus menarik tangan Daren untuk masuk ke bilik.
YOU ARE READING
Comando's : Daren Qail (0G)
RomanceSebuah peperangan Yang mengejut buat dua rakan setugas iaitu Daren Qail Dan juga sahabat rapatnya Jayden Aaqil. Terjadinya tumpah darah antara mereka . Iaitu Daren Qail hampir tewas akibat jantung . tetapi , takdir tuhan telah menentukan kesemuanya...