Bab 50

23 1 0
                                    

Emir dan Sofia saling berpandangan tanpa suara. Tiba-tiba, Datin Fauziah yang berada di sisi Emir, melangkah ke hadapan dan segera memeluk Sofia dengan erat. Air mata mulai bergenang di matanya, dan dalam pelukan itu, dia berbisik dengan suara yang lembut dan penuh dengan keikhlasan.

"Sofi, mama baru tahu hal sebenar. Ya Allah, tak dapat mama bayangkan macam mana Sofi survive sendiri. Mama minta maaf Sofi, " kata Datin Fauziah dengan suara yang sedikit tersedak.

Sofia terdiam dalam pelukan itu, merasakan kehangatan kasih seorang ibu yang sudah lama dia tidak rasakan. Pandangannya kemudian beralih ke arah Emir yang berdiri di sebelah, kelihatan tenang. Emir mengangguk perlahan, seakan-akan memahami maksud pandangan Sofia.

"Allahuakbar! menantu mama! Mama tak sangka yang mama jaga dulu tu sebenarnya menantu dan cucu mama sendiri, " sambung Datin Fauziah dengan nada yang penuh kasih sayang.

Mendengar kata-kata itu, Sofia tidak dapat menahan air matanya lagi. Rasa terharu yang begitu dalam menyelubungi dirinya. Dia menangis dalam pelukan ibu mertuanya yang sekarang lebih dia rasakan sebagai ibu kandung.

Datin Fauziah dengan lembut menyeka air mata Sofia, kemudian dia mengusap lembut wajah wanita muda itu. "Jangan menangis, sayang. Mama akan sentiasa ada untuk kamu. Tapi sekarang, mama minta diri dulu. Mama nak bagi kamu dan Emir ruang untuk berbual," ujar Datin Fauziah sebelum perlahan-lahan melepaskan pelukannya.

Sofia mengangguk perlahan, matanya masih merah akibat tangisan. Datin Fauziah memandang Emir sejenak, seolah-olah memberi isyarat pada Emir, sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Selepas pintu tertutup, Emir memandangSofia dengan senyuman nipis terukir di bibir. Suasana di antara mereka penuh dengan kekeliruan, seakan-akan ada banyak perkara yang ingin diucapkan tetapi tiada kata-kata yang mampu keluar dengan mudah.

Sofia memecah keheningan. "Kenapa... kenapa awak bagitahu mama?"

Emir menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Sofi, awak hilang tiba-tiba. Saya tak tahu apa yang berlaku, dan saya tak nak ambil risiko. Untuk keselamatan anak-anak kita... Saya rasa lebih baik diaorang dihantar ke rumah mama papa,"

Sofia menggelengkan kepalanya, menunjukkan rasa tidak puas hatinya. "Ada Aidil, Mia. Diaorang boleh jaga anak-anak. Kenapa kamu tak fikir sebelum buat sesuatu? Saya tak nak keadaan jadi complicated," katanya, suaranya sedikit meninggi. Rasa kecewa terbuku dalam hatinya.

Emir memandang Sofia dengan tenang, dan dengan nada yang sedikit usik, dia berkata, "Jangan cakap kuat-kuat, nanti terbuka jahitan di leher tu."

Sofia terhenti seketika, kemudian memandang Emir dengan jelingan tajam, geram dengan usikan yang dibuat. Dia menggigit bibirnya, cuba menahan senyum yang mula terbit di hujung bibirnya, namun tetap tidak dapat menahan perasaan marah kecilnya.

"Awak tak payah risau, anak-anak happy aje kat rumah dengan mama papa. Awak tak buat keadaan jadi rumit pun," jawab Emir lagi.

Emir dan Sofia kembali terdiam, masing-masing tenggelam dalam fikiran mereka sendiri. Sofia akhirnya menghela nafas panjang, mengumpul keberanian sebelum memandang Emir. Suasana tegang yang memenuhi bilik itu perlahan-lahan larut.

"Emir... terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan saya. Ada dengan saya masa saya ketakutan" katanya dengan nada suara yang lembut.

Emir memandang Sofia dengan pandangan penuh kasih. "Awak yang selamatkan diri awak, Sofi. Saya cuba apa yang boleh aje untuk selamatkan awak. Tapi, awak yang hero sebenar,"

Sofia tersenyum kecil, walaupun hatinya masih dipenuhi dengan perasaan yang bercampur baur. Namun, dia tahu, di sebalik segala yang telah berlaku, Emir tidak pernah benar-benar meninggalkan dia. 

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now