~ 1 ~

52 7 2
                                    

Hujan yang turun membasahi bumi menyebabkan suasana di tapak perkuburan ini semakin suram dan menyedihkan.

Air mata yang turun tidak lagi berhenti walaupun sudah berjam jam membasahi pipi. Kaki yang lemah menyebabkan aku tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri sama sekali.

Ayah. Merupakan manusia yang paling istimewa dan mulia selepas ibu. Namun. Aku telah kelihangan ayah aku sendiri. Ibu ? Siapa ibu aku , aku juga tidak tahu.

" appa.."

Kubur yang masih basah itu dipandang dengan lama. Seorang demi seorang mula meninggalkan tanah perkuburan ini. Hanya aku yang masih setia di sisi kubur ayah aku sendiri.

" kenapa tinggalkan eun sorang sorang ? "

Tangisan aku semakin kuat. Memikirkan kehidupan aku selepas ni tanpa appa aku.

" appa... eun dah takde sape sape dah sekarang. Eun nak tumpang kasih dekat siapa lagi lepas ni appa ? Appa dah takde. Kenapa appa tinggalkan eun ? "

Keluarga ? Itu juga aku tidak ada. Hanya appa keluarga aku. Nenek dah lama tinggalkan aku dengan appa. Sekarang appa pula yang tinggalkan aku.

" appa.. "

Hujan turun dengan makin lebat diriingi dengan kilat yang kuat. Tapi tubuhku langsung tidak mahu berganjak. Biar la aku duduk sini lama sikit. Lagipun aku dah tiada hala tuju.

Nak balik rumah ? Tidak mungkin aku mampu untuk balik ke rumah itu semula. Banyak kenangan aku dengan appa dekat situ. Setiap ruang dalam rumah tu mengingatkan aku pada appa.

Keluhan berat dilepaskan memikirkan nasib aku yang malang selepas ni. Kerja ? Aku masih lagi belajar. Tahun ni merupakan tahun akhir aku sebagai pelajar.

" cha go eun ? "

Kepalaku menoleh ke arah suara yang baru sahaja memanggil namaku. Satu sosok tubuh berdiri tegak di hadapan aku dengan payung di tangannya. Lelaki itu memandang aku dengan lama.

Dia mendekati aku sebelum turut memayungkan aku dengan payungnya itu. Dia berdiri dekat dengan aku , sukar untuk aku melihat wajahnnya disebabkan posisi aku yang tengah duduk sekarang ni.

" jom balik " ajaknya.

Keningku bertaut. Suaranya tidak asing bagiku. Namun wajahnya belum pernah lagi aku tengok sebelum ni. Tapi siapa ya ? Aku dengar dekat mana ya suara dia ?

" encik siapa ? " soalku. Air mata dikesat dengan tapak tangan.

Nak panggil dia apa ? Tengok gaya dia , macam dia lebih tua dari aku. Kalau nak panggil pakcik , macam tak sesuai pula sebab dia nampak macam muda pula untuk dipanggil pakcik.

" kawan appa kamu. " jawabnya lagi.

Makin bertaut kening aku dibuatnya. Kawan ? Sejak bila appa ada kawan ? Kenapa aku tak tahu dan tak pernah kenal.

Dia seolah olah faham dengan riak wajah aku lantas dia mengeluarkan sepucuk surat lalu dihulurkan kepadaku.

" apa ni ? "

Surat itu diambil darinya. Cha go eun. Tangan aku terus membuka sampul surat itu apabila nampak nama aku tertulis pada surat itu.

" cha go eun. " tulisan appa.

' eun. Anak kesayangan appa. Appa tulis surat ni untuk anak appa yang cantik. Eun. Terima kasih sebab dah jadi puteri appa. Appa gembira sangat kamu jadi anak appa. Appa tak pernah tinggalkan kamu. Walaupun apa yang jadi dekat appa , appa akan sentiasa berada dalam hati kamu. ' Air mata aku sekali lagi mula menitis.

' Masa kamu baca surat ni , mungkin sesuatu yang buruk telah berlaku dekat appa. Jadi eun. Appa tulis ni untuk kehidupan kamu selepas appa dah takde nanti. Bila appa dah takde , eun kena jumpa dengan seorang lelaki ni. Dia kawan appa. Tapi appa dah anggap dia macam adik appa sendiri. Jadi kamu cari la dia. Dia yang akan jaga kamu selepas appa takde nanti. Dia juga akan menggantikan tempat appa untuk jaga kamu selepas appa dah takde nanti. Hormat dia. Patuh dengan dia. Macam mana kamu buat dekat appa. Cari dia ya sayang ? Kim seokjin. Jaga diri bila appa dah takde nanti. Appa sayang kamu. Anak kesayangan appa.'

" appaaa... !! " kini tangisan aku makin kuat seperti anak kecil. Aku dah tak peduli apa pandangan lelaki itu lagi. Yang aku tahu , aku sedih !

" jom balik eun. Nanti kita datang lagi " ajak lelaki itu yang dari tadi hanya diam memandang aku. Aku dongak memandang dia.

Dia menjadi saksi betapa hancurnya diri aku saat ni. Aku hilang tempat bergantung. Aku hilang orang yang aku sayang. Aku hilang kekuatan aku. Aku dah hilang segalanya.

Tiba tiba dada aku terasa sesak. Duniaku berpusing pusing sehingga dunia aku menjadi gelap.

" appa.."

Sugar daddy || KSJWhere stories live. Discover now