~ 13 ~

17 4 0
                                    

" seokjin..."

Baju seokjin yang berwarna putih telah berubah menjadi warna merah. Darah pada bajunya itu aku pandang dengan lama. Terkejut.

Seokjin yang tiba tiba pulang ke rumah dengan keadaan begitu meyebabkan aku speechless. Hilang kata bila aku tengok dia macam tu.

" kenapa tak tidur lagi ni ? " soalnya dengan riak muka yang sedaya upaya cuba dikawal. Seolah olah cuba menahan sakit.

Dia menekan lukanya di bahagian perut dengan tapak tangannya supaya darah tidak keluar. Namun perbuatan dia sia sia sahaja kerana darahnya makin kuat menitis.

Dia berdehem.

" pergi la tidur eun. Esok sekolah." Suaranya bagai angin yang melintas di telinga aku sahaja. Aku tak boleh nak focus.

" eun.."

" awak kenapa ni seokjin ? " soalku sambil mendekatinya. Tapi dia mengundur ke belakang.

" tak ada apa apa. Dah pergi tidur." Arahnya. Aku pandang dia. Macam tak percaya je bila dia cakap ni tak ada apa apa.

" tak ada apa apa ? Sampai cedera macam ni ? Awak bergaduh ke apa ni ? " soalku dengan tangan mula bergerak mahu memeriksa lukanya. Namun dia tolak tangan aku supaya tidak menyentuhnya.

" saya okay. Serious. Awak pergi la tidur eun. Saya pun nak tidur dah ni." Katanya dengan berura ura untuk melangkah masuk ke dalam bilik.

Tidur ? Dengan keadaan macam tu ?!

Hasratnya terhenti apabila aku menarik tangannya bersama dengan kotak first aid di tangan kananku. Ditolak tubuhnya supaya dia duduk di atas kerusi. Dia pandang aku hairan.

" duduk." Arah aku. Dia hanya diam.

Bajunya yang berlumuran dengan darah itu , aku tanggalkan sehingga badannya terdedah. Aku telan air liur.

Kuatkan iman !

Sedaya upaya aku cuba mengelak dari memandang abs dia yang sexy tu. Mata aku hanya focus pada luka dia. Aku duduk mencangkung di hadapan dia untuk selaraskan kedudukan lukannya dengan muka aku.

" kena apa ni ? " soalku sambil mula mencuci lukannya. Dia diam.

" awak bergaduh ke ? " soalku lagi tanpa memandangnya. Tiada sahutan.

Dah bisu ke apa dia ni ?

Aku mengangkat kepala aku sedikit untuk memandang seokjin yang hanya diam dari tadi.

Zup !!

Mata kami bertembung.

Dia pandang aku. Sejak bila lagi dia tengok aku ? Dari tadi ke ? Kenapa ? Dia marah aku sentuh dia ke ? Tapi aku nak tolong dia je.

Makin lama mata kami bertembung , makin laju jantung aku berdegup. And makin lama aku tengok muka dia , makin handsome la pula dia.

Tapi kejap. Aku perasan sesuatu. Anak mata dia ! Anak mata dia bergetar. Makin lama makin jelas. Tanpa sedar , agak lama anak mata kami saling bertembung.

Dia berdehem.

Cepat cepat aku menundukkan pandangan aku pada lukanya. Focus ! Focus !

Kenapa kau tenung dia go eun !

" tak nak bagitahu ke macam mana boleh luka ni ? " soalku semula bila jantung dah kembali tenang sikit. Aku tak berani nak pandang seokjin sekarang ni. Takut terkena heart attack je. Sebab anak mata dia memang boleh buat aku terpukau.

" accident." Jawabnya ringkas.

What ?!

Aku nak pandang dia , tapi takut !!

" eh kena pergi hospital la ! Mana boleh relax kat rumah macam ni je ! "

Dia accident tapi boleh santai je cakap nak tidur. Tak sakit ke apa dia ni. Aku pula yang kalut.

" sikit je ni." Katanya.

Heh. Sikit.

" apa yang sikit sampai berdarah macam ni. Ni sikit ? Sikit ? " aku tekan lukanya dengan kuat. Dia menjerit.

" argh ! Sakit ! " dia memejam mata menahan sakit.

Eleh sikit.

" kata sikit je." Perliku.

" sikit la. Bukannya patah ke apa pun " jawabnya tak nak kalah.

" mana tahu tak ada yang patah ? Bukannya nak pergi hospital check pun."

" i know my body." Jawabnya. Heh.

Aku menjulingkan mata ke atas. Penat nak bahas mulut dengan dia.

" macam mana boleh accident ni ? " ye la sampai cedera macam ni , mesti teruk juga dia accident. Kan ?

" langgar lari." Aku pandang dia. Serious la ?

" Saya nak selamatkan budak tu , tapi saya pula yang kena." Terangnya lagi.

" habis tak buat report polis ke ? " soalku lagi. Dia geleng.

" no need. Sikit je ni." Jawabnya mudah.

Haish !

" habis tu , budak tu macam mana ? "

" don't worry. she's fine." Lega aku dengar.

Sebaik sahaja aku siap merawat lukannya , aku mula membalut tubuhnya dengan kain kasa. Apabila aku tengah membalut tubuhnya , aku seolah olah sedang memeluk dia.

Bau wangi dari tubuhnya mula memenuhi rongga hidung aku. Untuk kali kedua jantung aku maraton. Jantung aku tengah menggila sekarang ni. Lebih lebih lagi bila aku tahu yang seokjin sedang memandang aku.

Riak muka aku kawal , seolah olah tak perasan dengan pandangannya. Namun dalam hati , hanya tuhan je tahu apa yang aku tengah rasa sekarang ni.

" dah siap." Dia senyum kecil.

" thanks."

" rest la. Tapi sebelum tidur tu makan ubat dulu."

Dia angguk.

" eun pergi la tidur. Esok sekolah." Hm memang dah lewat pun ni.

" ye la. Apa apa nanti panggil je saya." Pesan aku.

" okay."

" okay."

" eun.."

Aku pandang dia.

" thanks again." Aku senyum.

My pleasure.

Sugar daddy || KSJWhere stories live. Discover now