~ 28 ~

6 2 0
                                    

*Jungkook pov*

Jam yang berada di dinding aku pandang untuk kali ke 10. Masa bergerak dengan terlalu lambat sampaikan aku tak rasa yang masa tengah bergerak sekarang ni. Aku rasa macam dari tadi duk pukul 10 je.

Tv yang dipasang dari tadi langsung tidak masuk ke dalam fikiran aku. Apa yang aku tengah fikir sekarang ni bukan soal drama yang tengah dimainkan. Tapi pasal Eun.

Dia keluar dengan Jungkook hari ni. Jungkook datang ambil dia dekat rumah pukul 7 tadi. Tapi sekarang dah pukul 10 malam tapi batang hidung pun aku tak nampak lagi.

Keluar date ke diorang ? Entah la aku pun. Eun cakap keluar saja saja je. Tapi si Jungkook tu cakap pula , diorang keluar date. Mana satu aku nak percaya , aku sendiri pun tak tahu.

Date ? Tak tahu kenapa , hati aku rasa tak senang bila perkataan tu keluar dari mulut si Jungkook ni. Kenapa ? Sebab aku tahu yang Jungkook sukakan Eun. Dah la sekarang ni , Jungkook dan eun makin hari makin rapat je aku tengok diorang tu. Setiap minggu mesti diorang akan keluar.

Aku nak halang ? Aku siapa je bagi Eun. Dia anggap aku pun sebagai penjaga je. Eun dah ikut semua yang aku tetapkan. Tak ada satu pun dia ingkar. Jadi aku nak buat apa lagi ?

Aku cemburu ke bila tengok diorang berdua keluar date ? Tak mungkin la. Mungkin aku rasa macam ni sebab Eun lebih rapat dengan Jungkook lagi berbanding dengan aku. Sepatutnya dia kena rapat dengan aku sebab dia tinggal dengan aku. Mungkin aku rasa cemburu sebab ni je. Tak ada sebab lain la.

Kan ?

Tiba tiba bunyi enjin kereta Jungkook mula kedengaran. Melalui bayang dari cermin tingkap , aku nampak Eun mula keluar dari kereta milik Jungkook itu. Agak lama diorang borak dekat luar sebelum Eun melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku membetulkan sedikit tempat duduk aku. Pintu rumah , dipandang. Bersedia. Ehem !

" lewat balik." Tegur aku pada Eun yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang aku.

" tak pukul 11 lagi la." Jawabnya. Aku kerling ke arah jam dinding. Erk. Betul la. Awal lagi.

" habis tu kenapa tak balik pukul 11 je ? " kata aku lagi.

Aduh la. Kau dah kenapa Kim Seokjin. Dah cukup baik budak tu balik awal. Tapi kau boleh lagi cakap macam ni. Adeh la.

" aik awak ni kenapa ? " berkerut kerut dahi dia memandang aku.

Em. Saya pun tak tahu kenapa dengan diri saya ni Go eun. Saya sendiri pun hairan. Bukan setakat awak je.

" pergi mana tadi ? " soalku setelah berdiri tegak di hadapannya.

" em makan."

Oh.

" kat mana ? " tak lojik kalau si Jungkook ni bawa dia makan kat tempat biasa biasa je. Sebab Jungkook ni type person yang akan mewahkan perempuan yang dia suka.

" hotel." See. Aku dah cakap dah.

Tapi kejap. Hotel ?

" dengan Jungkook ? " dengan siapa lagi. Dia angguk.

Tapi kenapa mesti kat hotel ? Tak ada restoran lain ke yang dia nak bawa si Eun ni. Haish. Kejap. Diorang sekadar pergi makan je kan ?

" dia bawa pergi mana lagi ? " soal aku lagi. Tolong la jangan jawab bilik hotel. Memang aku bunuh la Jungkook tu.

" taman."

Huh lega.

" buat apa kat situ ? " soal aku lagi. Walaupun aku tahu yang Eun pelik dengan aku sekarang ni tapi dia tetap juga jawab soalan aku tanpa banyak soal.

Sugar daddy || KSJWhere stories live. Discover now