Seokjin yang sedang berjalan turun dari biliknya itu , aku pandang. Relax je dia. Geram pula aku tengok.
Dia baru je sembuh , tapi dah nak pergi kerja. Cuti pun tidak. Tuan tu sakit tapi gaya macam orang sihat je.
Dia pandang aku sekilas.
" saya dah sihat la." Katanya tiba tiba seolah olah faham dengan pandangan aku. Ye la tu.
" eun nak makan apa malam ni ?" Soalnya yang sudah berdiri tegak di hadapan aku. Dah biasa dengan soalan ni sebab seokjin memang akan beli makanan untuk aku setiap kali dia balik kerja.
Hm apa ya ?
" ikut awak la. Saya okay je apa apa pun." Putusku. Kita ikut selera orang sakit yang tak nampak macam sakit la nak makan apa. Kita okay je makan apa apa pun. No hal.
" okay." Dia mula melangkah mendekati pintu untuk pergi ke kerja.
" eh seokjin.." panggilku semula bila baru teringatkan sesuatu. Dia menoleh ke arah aku semula dengan kening terangkat sebelah.
" lupa nak bagitahu.." aku sengih.
" apa dia ? " dia mula beri tumpuan kepada aku.
Baru sahaja aku ingin membuka mulut , tiba tiba loceng rumah berbunyi.
" wait." Dia membuka pintu.
Siapa pula yang datang pagi pagi ni ?
" who are you ? " soal seokjin sebaik sahaja membuka pintu. Disebabkan tubuh seokjin yang besar , aku tak dapat lihat wajah tetamu itu.
" ni bukan ke rumah go eun ke ? "
Ehhhh.
Seokjin menoleh ke arah aku.
" ye. Rumah dia. Awak siapa ? " soal seokjin lagi.
" yuseo. Her friend."
Terus aku berlari anak mendekati pintu sehingga tubuh seokjin yang sasa itu aku langgar. Hampir nak jatuh dia dibuatnya.
Biar betul si yuseo ni. Awalnya sampai. Orang suruh datang tengah hari sikit , ni pagi pagi buta dah sampai. Heh dia ni.
" awalnya kau sampai." Aku jeling dia. Dia hanya sengih dengan matannya masih memandang ke arah seokjin.
" go eun... tak nak kenalkan ke dekat aku siapa ni ? " soal yuseo dengan tersipu sipu. Dah start dah gatal dia.
" em ni seokjin.. seokjin ni yuseo." Perkenalku kedua dua sekali gus.
" oh." Seokjin tayang muka selamba.
" ahh handsome.." pujinya. Aku jeling dia. Gila ke apa minah ni.
" oh boleh la seokjin ni ikut kita sekali." Tu diaa yuseo dah start buaya dia dah. Seokjin pandang aku." pergi mana ? " soal seokjin pada aku. Aku garu kepala yang tak gatal.
" shopping. Jom la ikut sekali." Jawab yuseo dengan gaya gedik bagi pihak aku. Aku hanya mengangguk kecil. Dah redha dengan kawan aku yang dah start gedik ni.
" it's okay. It's girl time. Tak nak kacau." Tolak seokjin. Cepat cepat aku angguk tanda setuju. Bagus ! Faham jiwa !
" eh tak apa. Ni bukan girl time sangat pun. Kan go eun ? " dicubitnya lengan aku.
" ha ya betul la tu." Jawabku dengan pasrah. Kita iya kan sahaja.
" it's okay. Pergi je. I have to go to work." Sekali lagi seokjin menolak.
" tapi.."
" ha ! Kalau macam tu awak pergi la kerja. Saya keluar dengan yuseo je. Nanti kita jumpa malam ni ya ? " cepat cepat aku memotong yuseo supaya dia tak terus memaksa seokjin. Sebab aku kenal perangai kawan aku yang sorang ni. Kalau dia cakap itu , itu la kena buat.
" okay. Em. Eun. Sini kejap." Panggilnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Aku pandang yuseo.
" kejap. Tunggu sini." Pesan aku pada yuseo.
" eh kenalkan la dia kat aku , eun." Pintanya dengan sungguh sungguh. Aku mengeluh.
" please...""
Tiba tiba satu idea muncul di fikiran aku. Aku senyum.
" aku okay je nak kenalkan kau kat dia." Putusku. Yuseo senyum teruja.
" serious ni go eun ? " aku angguk.
" yes !! "
" tapi.." dia pandang aku. Aku mendekatkan sedikit jarak kami berdua.
" dia duda." Bisikku. Habis ternganga mulut yuseo. Aku tahan senyum. Aku tahu yuseo turn off dengan duda. Aku pun tak tahu kenapa.
" dah , tunggu sini kejap." Terus aku meninggalkan yuseo.
" kenapa ? " Soalku sebaik sahaja mendekati seokjin. Dia pandang aku.
Tiba tiba dia mengeluarkan pursenya lalu menarik salah satu kad dari dalam purse itu. Kad itu diberikan kepada aku.
Black card.
Aku pandang dia.
" apa ni ? " soalku bingung. Tolong jangan jawab yang ni card. Kalau tak aku hempuk dia dengan bantal ni.
" nak pergi shopping kan ? So , take this " Katanya dengan tenang. Terbuntang mata aku memandang card tu.
" tapi.."
" just use my card. Jangan nak guna duit poket eun pula " Dia memotong ayat aku.
" tapi.."
" you need this , eun. Dah pergi la. Jangan balik lewat sangat." Pesannya sebelum meninggalkan aku.
Kejap. Kenapa dia baik sangat ?!!
Black card kut ni. Dia bagi aku guna ?
YOU ARE READING
Sugar daddy || KSJ
FanficTerpaksa hidup dengan lelaki yang tak pernah aku kenal selama ni. Bukan benda yang mudah. Mampu ke aku hadap lelaki ni ? Kuat ke iman aku ? Entah. Aku sendiri tak yakin dengan diri aku sendiri. Dia. Memang boleh buat iman aku tergugat. Haish ! " You...