~ 29 ~

20 2 0
                                    

*Jungkook pov*

Flashback.

" relax la Joon "

Namjoon yang sedang berjalan ke hulur hilir sambil matanya sekali sekala memandang ke arah pintu rumah.

" relax ? Anak aku dah tak balik rumah dua hari dah kut." Katanya dengan nada kerisauan.

Aku terus datang ke rumah Namjoon sebaik sahaja dia memberitahu aku yang anaknya , Eun sudah dua hari tak balik rumah.

" ye aku tahu. Tapi relax la sikit. Dia balik la tu kejap lagi." Kata aku lagi cuba menenangkannya.

" kau tak ada jumpa ke dia ? " soalnya pada aku. Aku geleng. Sebaik sahaja Namjoon memberitahu aku tentang anaknya itu. Terus aku cuba untuk menjejaki lokasi phone Eun , namun gagal.

" kau tak tanya kawan dia ke ? " soal aku semula.

" dah. Aku dah tanya Yuseo. Kawan baik dia tu. Tapi diorang tak ada jumpa pun." Jawab Namjoon. Dia melabuhkan punggung di sebelah aku.

Pergi mana pula budak ni.

" kau ada gaduh dengan dia ke ? " soal aku lagi. Namjoon diam.

Ha betul la tu.

" heh kau ni pun."

" tak gaduh. Cuma ada la aku marah dekat dia sikit hari tu " Jawabnya. Ye la tu sikit.

" sikit sampai budak tu tak nak balik rumah ? " aku bidasnya.

" aduh susah la sebenarnya jaga anak perempuan yang tengah nak membesar ni. Marah sikit merajuk. Tegur sikit merajuk." Bebelnya sendiri. Aku ketawa kecil. Biasa la remaja.

" sabar la. Balik la tu dia nanti. Nak pergi mana sangat budak tu." Kata aku lagi. Dia mengeluh.

" eh joon , kejap." Tiba tiba phone aku berdering. Terus aku menjauhi Namjoon sikit untuk mengangkat panggilan ini.

Namun , tak sempat aku nak angkat panggilan ini. Aku nampak kelibat Eun yang sudah balik. Dia mula membuka pintu rumah dengan perlahan lahan. Disebabkan aku tengah berdiri di sebalik dinding , dia tidak dapat melihat aku kat sini.

Dia berdiri di depan Namjoon sambil tunduk memandang kakinya sendiri. Eun tidak berani nak pandang wajah Namjoon sekarang ni.

" appa..." panggilnya dengan perlahan.

" pergi mana ? " soal namjoon dengan nada yang agak marah. Terjongket bahu budak tu bila Namjoon menengkingnya. Aku nampak Eun yang tengah mengelap air matanya.

Eun tidak menjawab.

" pergi mana orang tanya ni ?! Tak ada mulut dah ke nak jawab ?! " sekali lagi Namjoon menengkingnya sehingga Eun tersedu kerana menangis.

" ap..appa..."

Namjoon diam memandang anak perempuannya yang sorang itu. Aku tahu yang Namjoon sebenarnya dah lega bila nampak Eun selamat. Tapi dia masih lagi marah dengan tindakan Eun itu.

" ru..rumah kawan.." jawabnya dengan tergagap gagap. Dia masih lagi tidak memandang mata Namjoon.

" kawan yang mana ? "

" mi..minho..." jawabnya.

" what ?! " tengking Namjoon dengan kuat sehingga bergema ruangan rumah ni.

" kamu pergi rumah kawan lelaki ?! Sampai tak balik rumah ?! " jerkah Namjoon.

Minho ?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sugar daddy || KSJWhere stories live. Discover now