~ 12 ~

19 4 0
                                    

Sekeping pizza disuapkan ke dalam mulut sambil mata masih ke arah tv. Drama korea memang favorite aku. Kalau tanya pasal oppa oppa korea, semua aku kenal.

Korean drama lover kut ni.

Tiba tiba bunyi pintu rumah ditutup membuatkan tumpuan aku pada tv terganggu. Aku menoleh ke belakang. Seokjin baru sahaja pulang dari kerjanya. Aku pandang dia.

" dah makan ? " soalku. Dia tidak menjawab.

" ni ada pizza. Jom la makan sekali." Ajak aku. Dia mula mendekati aku dengan paper bag di tangannya. Apa tu ?

" kenyang ke makan pizza je ? " soalnya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan aku. Aku angguk. Aku menuang air coke ke dalam gelas sebelum menghulurkan kepadanya.

" ni box ke dua dah ni. Tak kenyang lagi tak tahu la " jawabku. Gila kau tak kenyang. Dia memandang box yang dah kosong sebelum memandang aku semula. Seolah olah tak percaya. Hehe.

" lapar.." ujarku. Dia berdehem.

Mata aku kembali focus pada tv bila seokjin hanya diam. Baik aku layan drama , seokjin bukannya nak layan aku pun. Baik aku tengok kim nam gil ni lagi bagus.

Ahhh namgil oppaaa..

" nah."

Aku menoleh ke arah seokjin semula. Dia menghulurkan paper bag itu kepada aku. Berkerut dahi aku dibuatnya.

" apa ni ? " paper bag yang berlabel YSL itu aku belek. Untuk aku ke ?

" buka la." Arahnya.

Terus aku menarik kotak yang berada dalam paper bag itu. Dibuka kotak itu dengan berhati hati. Mahal kut ni.

Kasut ?

Aku pandang dia.

" apa ni ? " soalku hairan.

" kasut." Jawabnya ringkas.

Okay. Terima kasih kepada kim seokjin. Nasib baik dia bagitahu yang ni kasut , kalau tak aku tak kenal rupa kasut macam mana.

Ehhhhhh seokjin ni.

" ya saya tahu ni kasut." Kataku hilang sabar.

" ha." Aku kan penat dengan dia ni.

" eh awak ni kan. Maksud saya. Kenapa bagi saya kasut ni ? Untuk apa ? " soalku dengan soalan yang lebih jelas supaya dia cepat faham.

" saja." Jawabnya tanpa perasaan.

Ahhhh aku stress.

" elok elok la." Hilang sabar aku macam ni.

" elok elok dah la ni. Apa yang tak eloknya ? " dia tunjuk muka blur.

ARGHHHHH !!!!

Aku pandang kasut itu semula. Hm cantik. Tapi...

" tak nak la." Kataku lalu menutup semula kotak kasut itu. Ditolak kotak itu kepadanya. Dia pandang aku.

" kenapa ? " soalnya mungkin pelik dengan aku.

" kasut ni mahal sangat. Saya tak mampu nak bayar balik " kataku. Ye la. Kasut ni mahal. Tak kan la seokjin nak bagi aku free je. Tak lojik. Lagi pun kalau kena bayar , aku duit pun tak ada nak bayar balik kasut ni. Tak mampu.

" eh saya bagi terus la kasut ni. Bukan suruh eun bayar balik pun." Katanya. Aku pandang dia dengan tak percaya. Serious la ?

" ye ke ni ? " dia angguk.

" saya nak bagi ni hadiah untuk eun. Jadi kenapa eun nak bayar balik ? " jawabnya. Eh.

" hadiah ? Untuk apa ? " soalku lagi. Tak kan hadiah birthday kut. Birthday aku lambat lagi rasanya.

" saja. Perlu ada sebab ke kalau nak bagi hadiah ? " Jawabnya ringkas. Aku rasa macam nak hempuk je kepala dia dengan bantal ni. Sakit hati bercakap dengan dia. Relax dia lain macam betul.

" nanti pakai la kasut tu." Katanya sebelum bangun berdiri. Mungkin mahu masuk bilik dah kut.

" seokjin tapi.."

" dah. Makan cepat. Tak payah nak tunggu drama sangat. Esok sekolah. Tidur awal." Pesannya sebelum mula melangkah meninggalkan aku.

Ehh. Kejap , aku blur lagi ni. Betul ke dia ni.

Dia kembali menoleh ke arah aku semula dengan sebelah tangannya berada di dalam poket seluar dan lengan bajunya dilipat sedikit.

" duit belanja ada lagi ke ? " soalnya. Aku angguk.

" ada lagi "

" kalau habis , bagitahu." Pesannya.

" awak baru je bagi semalam. Tak kan la dah habis dah hari ni." Kataku. Dia mengangguk.

Seokjin ni sejenis yang bagi aku duit belanja seminggu sekali. Tapi tu masa mula mula hari tu la. Sekarang dah macam hari hari dia bagi duit belanja. Dah la bagi duit tu dengan jumlah macam seminggu sekolah. Banyak. Aku pun hairan sebenarnya dengan si seokjin ni. Tahu la kaya. Boros dia bukan main lagi.

" tak apa la kalau macam tu. Kalau tak cukup , bagitahu." Pesannya sekali lagi.

Haish. Yaaaaaaaa.

Sugar daddy || KSJWhere stories live. Discover now