Cuti akhir tahun telah pun bermula. Hari ni merupakan hari pertama bermulanya cuti sekolah selama dua bulan. Jadi aku dan Yuseo plan untuk keluar bersama hari ni.
Pada mulanya , kami berdua pergi ke butik untuk teman si Yuseo ni cari dress. Selesai je pergi butik kami berdua pergi menonton wayang pula.
Hari mula bergerak dengan pantas. Pelbagai tempat dan juga aktiviti telah kami berdua lakukan hari ni. Kaki pun dah start lenguh disebabkan banyak sangat berjalan hari ni.
Setelah seharian penat berjalan , aku dan Yuseo akhirnya decide untuk berhenti makan di satu cafe. Dia terlebih dahulu memesan makanan untuk kami berdua malah aku hanya bergerak mencari meja untuk kami berdua duduk.
" sini ! "
Yuseo mendekati aku bersama dengan dulang makanan di tangannya. Dia mula melabuhkan punggung di hadapan aku.
" aku belanja hari ni memandangkan kau dah teman aku hari ni sehari." Katanya sambil tersenyum.
" fuyoo tak sia sia aku bazirkan masa aku untuk kau hari ni. Berbaloi juga. " Jawab aku membuatkan dia tergelak kecil.
" seokjin tak tanya ke , kau bila nak balik rumah ni ? " soal dia. Aku geleng.
" tak. Dia okay je aku nak balik masa mana pun. Janji sebelum pukul 11." Jawab aku. Itu la peraturan yang telah Seokjin tetapkan untuk aku. Nak tak nak aku kena juga ikut kalau tak nak dia bising.
" strict ke dia ? " soal dia lagi.
Aku gelak kecil.
" strict ? Tak ada la. Dia okay je la. Kalau dia strict , dia tak bagi dah ni aku keluar dengan kau." Jawab aku memihak kepada Seokjin.
" tapi untung la kau. Jumpa orang baik macam dia." Kata Yuseo lagi. Baik ? Ya dia memang baik. Tak dinafikan dia memang baik gila dengan aku.
" kan. Kalau tak ada dia. Aku tak tahu la hidup aku macam mana lepas appa aku dah tak ada ni." Jawab aku semula. Aku kena banyak berterima kasih dekat si Seokjin sebenarnya.
" tapi kan.."
Aku pandang Yuseo.
" korang berdua boleh pula kan , duduk sekali macam tu." Katanya membuatkan aku berkerut. Apa salah ke ?
" maksud kau ? " apa yang tak kena ya ?
" kau tu perempuan.."
" then ? "
" dia tu pula lelaki.."
" so ? Apa masalahnya ? "
Dia mengeluh.
" lelaki dengan perempuan. Tinggal sekali macam tu. Dah la korang berdua tu tak ada hubungan family pun." Sambung dia lagi. Oh ya. Aku baru faham.
Hm. Kalau ikutkan lojik , memang pelik juga la kan untuk kami berdua tinggal bersama macam sekarang ni. Tapi , aku rasa kitorang okay je buat masa sekarang.
" Kitorang okay je." Jawab aku.
" hati korang berdua pula ? Okay ke tak ? " soal dia lagi.
YOU ARE READING
Sugar daddy || KSJ
FanfictionTerpaksa hidup dengan lelaki yang tak pernah aku kenal selama ni. Bukan benda yang mudah. Mampu ke aku hadap lelaki ni ? Kuat ke iman aku ? Entah. Aku sendiri tak yakin dengan diri aku sendiri. Dia. Memang boleh buat iman aku tergugat. Haish ! " You...