" Nak makan apa ni ? "
Soalnya sebaik sahaja memulakan perjalanan. Sekali gus memecahkan suasana sunyi antara kami. Dia hanya tenang memandu. Aku pula yang tak selesa kat tepi ni.
" erm. Tak tahu. Ikut encik.. eh...pakcik.... la mana mana pun. Saya okay je. " tu dia. Habis keluar dari mulut aku.
Dia pandang aku dengan pandangan yang tidak percaya. Focusnya pada pemanduannya terganggu sedikit. Aku garu kepala yang tak gatal.
Kenapa ? Salah ke apa aku cakap ?
" pakcik ? "
" Habis tu ? Saya nak panggil apa ? Kalau saya nak panggil encik. Macam formal sangat. Kan kawan appa , so pakcik la kut yang sesuai " jawabku.
Kan ? Betul la kan apa aku cakap. Ke salah ?
" saya nampak macam tua sangat ke nak panggil pakcik tu ? " soalnya sebelum memandang aku sekilas.
Tak. Muda lagi. Handsome pula tu. Haip sempat lagi aku.
Aku geleng.
" panggil seokjin je. "
Aik.
" boleh ke panggil nama macam tu je ? " soalku meminta kepastian. Tak kurang ajar sangat ke panggil nama macam tu je ?
" dah tu nak panggil apa ? Appa ? Pun boleh. Saya tak kesah pun. Kan saya kawan appa eun. So okay je. No hal. " katanya.
Wowowo. Memang tak la.
" eh tak nak la " cepat cepat aku geleng.
" ha so seokjin je " putusnya.
Kalau pakcik ?
" ye la " boleh la.
Suasana kembali sunyi semula. Aku hanya membuang pandangan aku ke luar tingkap. Nak borak dengan dia pun , kekok lagi. Lagi pun dia macam tak banyak cakap. So tak berani la nak ajak borak lebih lebih. Kan tak pasal pasal dia tinggal aku dekat highway ni. Gila aku.
" lepas ni tinggal dengan saya " sekali lagi dia memecahkan suasana sunyi.
Aku pandang dia.
" saya dah janji dengan appa eun , nak jaga eun. Jangan risau. Saya tidak akan kacau kehidupan eun sebelum ni. Nak keluar dengan siapa , terpulang pada eun. Cuma biar saya tahu dengan siapa " sambungnya lagi.
" saya tak akan sekat eun punya kebebasan , macam sebelum ni. Tapi kalau saya tahu eun buat benda tak elok belakang saya , saya tak teragak agak nak jadi strict. Boleh ? " dia memandang aku sekilas. Aku hanya mengangguk tanda setuju.
" tapi saya tak menyusahkan encik.. pakcik.. eh.. seokjin ke ? " soalku membuatkan dia memandang aku. Sempat dia jeling aku.
" kenapa pula nak susah ? " soalnya semula sebelum kembali memandang ke depan.
" ye la. Tiba tiba kena jaga saya. Kita tak pernah kenal pun. Tapi tahu tahu awak kena jadi penjaga saya. Tiba tiba ada anak. Anak tua pula tu " jawabku.
Ni first time kut aku jumpa dia. Besar gila tanggungjawab dia kena ambil.
" saya okay je. Tak ada susah pun " katanya.
Hm yeke ?
" lagi pun saya kenal je eun " katanya.
Hah ?
" saya dah pernah tengok eun. Sejak eun kecil lagi saya tengok eun. Eun je tak ingat saya " sambung lagi.
Serious la ?
" tapi kan. macam mana boleh kenal dengan appa ? " soalku ingin tahu.
" kenal dekat kem " ringkas ya jawapan dia.
" lepas ni. Kalau ada apa apa. Bagitahu la. Tak payah nak segan." Pesannya lagi.
" okay. Terima kasih "
" good."
Aku pandang dia. Dengan lama. Mungkin dia turut perasaan dengan pandangan aku , dia menoleh sekilas.
" apa ? " soalnya.
" terima kasih ya kerana sanggup jaga saya. Saya janji saya tak kan buat perkara tak elok belakang seokjin. And saya janji saya tak kan kacau privacy seokjin " kataku dengan ikhlas.
" privacy ? " soalnya. Aku angguk.
" saya tahu seokjin tak tua sangat pun lagi. Jadi saya tak nak kalau sebab saya , seokjin tak boleh nak teruskan kehidupan seokjin yang sebelum ni " jawabku. Dia berdehem.
" okay. Jangan risau "
Aku senyum.
YOU ARE READING
Sugar daddy || KSJ
FanfictionTerpaksa hidup dengan lelaki yang tak pernah aku kenal selama ni. Bukan benda yang mudah. Mampu ke aku hadap lelaki ni ? Kuat ke iman aku ? Entah. Aku sendiri tak yakin dengan diri aku sendiri. Dia. Memang boleh buat iman aku tergugat. Haish ! " You...