~ 25 ~

12 2 0
                                    

" boleh tak ni ? "

Aku menoleh ke belakang memandang Seokjin. Muka dia jelas menunjukkan yang dia tak percayakan aku.

Aih dia ni.

" hari ni sehari dah 15 kali awak tanya soalan ni." Aku memeluk tubuh memandang dia.

" tak ada la. Saya tanya je." Katanya sambil menggaru kepalanya. Nampak sangat macam tak percayakan aku.

" saya boleh la. Trust me okay ? " kata aku berserta dengan senyuman.

" em.."

Tengok tu.

" seokjin.." aku pandang dia dengan tajam.

" ye la. Masak la." Dia mengalah juga akhirnya. Aku senyum puas.

Baru sahaja aku ingin menyambung kerja aku , dia kembali bersuara.

" kalau kita makan kat kedai je , tak nak ke ? " soalnya sekali lagi.

" yahh Kim Seokjin ! "

" okay okay."

Aku jeling dia. Dia ni kan , ada juga yang kena makan dengan senduk aku ni kan.

Aku mula memotong sayur dan diikuti dengan lauk lauk yang mahu dicampurkan ke dalam spaghetti. Dengan berhati hati aku menggunakan pisau yang tajam ni. Ye la kan. Sepanjang aku hidup , aku jarang sentuh pisau. Appa tak bagi.

" let me help you."

Dia mula bangun menghampiri aku sebelum mengambil pisau dari aku. Dipotongnya bahan bahan masakan itu dengan satu persatu. Buat seketika aku terpegun dengan skill dia ketika menggunakan pisau.

Aku berdehem. Heh. Aku tak boleh kalah ni , dengan lelaki pula tu.

" tak payah ! Pergi duduk sana ! Biar saya buat sendiri. Dah. Shuh ! " halau aku. Namun dia masih lagi tidak berganjak.

" pergi keluar ! "

" eh orang nak tolong je pun." Katanya bila aku dah mula menolak tubuhnya supaya dia keluar dari dapur ni.

Aku tahu yang dia still tak percaya yang aku nak masak hari ni. Sebab dia tahu yang aku ni , nak masak maggi pun fail.

" tak payah ! Pergi buat kerja awak." Kata aku. Dia menoleh memandang aku.

" tak apa , saya free je ni. Biar la saya tolong."

" no , saya yang tak okay sekarang ni."

" eh."

" dah jangan masuk dapur ni selagi saya tak panggil." Kata aku.

" habis kalau saya nak minum air macam mana ? " soalnya tak mahu kalah.

" puasa dulu ! "

" eh eun."

" kalau awak jejak selangkah je kaki awak kat dapur ni , kita putus ! " ugut aku.

" putus ? " berkerut dia memandang aku.

Aku angguk.

" putus apa ? "

" putus kawan ! "

" eh."

Terus aku melangkah masuk ke ruangan dapur. Mata sempat menjeling ke arah Seokjin yang masih bingung.

Masuk la kalau berani.








Sebaik sahaja selesai menghidangkan makanan di atas meja berserta dengan air juice , aku mula melangkah mencari kelibat Seokjin.

Sugar daddy || KSJWhere stories live. Discover now