*Seokjin pov*
" susah ek nak ajak kau lepak sekarang " Perli Jungkook sebaik sahaja aku sampai. Kerusi di sebelahnya ditarik sedikit sebelum duduk.
" busy sikit bro."
" busy ke atau sayang nak tinggal bini sorang sorang kat rumah tu ? " bibirnya naik sedikit , senyum mengejek.
" bini ? Sejak bila aku ada bini ? "
" si go eun tu." Jawabnya.
Aku gelak kecil.
Go eun ? Bini aku ?
" budak lagi tu bro." Jawabku. Ada ke cakap bini.
" budak pun still perempuan." Jawab Jungkook lagi.
Minuman keras itu , diteguk sedikit. Malas nak layan karut si Jungkook ni. Ada ada je." bagi pula si Go Eun tu kau keluar." Katanya.
" kenapa pula dia tak bagi ? " Eun mana pernah larang aku nak buat apa , nak pergi mana pun selama ni.
" ye la. Dia kan duduk sorang malam malam macam ni. Tak takut pula dia." Sambung Jungkook lagi. Aku sengih.
Eun takut ?
" takut ? Dia kalau dah layan drama korea dia tu , benda lain lalu pun tak perasan dah. Kalau hantu usik dia pun , dia tak kesah dah." Kataku. Itu la hakikatnya.
" serious la ? " aku angguk.
" Lagipun dia okay je kalau aku nak pergi mana mana pun , asalkan makanan dia ada , dia okay la." Jawabku. Eun. Senang sebenarnya nak jaga dia. Tak banyak songeh. Asalkan ada makanan , setel.
Jungkook ketawa.
" comel je dia." Pujinya. Entah kenapa aku kurang senang bila dengar pujian tu. Lagi lagi bila dari Jungkook. Sebab aku tahu yang dia ni bukan jenis macam berminat dengan perempuan.
" Jungkook." Panggilku.
Dia pandang aku.
" nak tanya sikit."
" apa dia ? "
" so.. uhm.." cuba cari ayat yang sesuai.
" apa ? "
" how did it go ? Kau ajak dia keluar ke tak ? " soalku. Jungkook diam.
" go eun ? "
Aku angguk. Siapa lagi.
" well , aku sebenarnya nak ajak dia keluar dengan aku. Tapi.." Jungkook menghentikan ayatnya.
" tapi ? " soalku.
" perangai dia macam pelik sikit bila dengan aku." Sambung Jungkook.
" pelik ? Pelik macam mana ? " soalku lagi.
" tak tahu la aku nak cakap macam mana. Time dinner dengan dia hari tu. Kalau aku tanya tentang dia kan , dia macam nak mengelak je dari soalan aku." Beritahunya. Mengelak ?
" kau tanya dia apa ? " soalku.
" aku ada la tanya life dia macam mana kat school. Okay ke apa semua. Tapi dia macam acuh tak acuh je jawab." Beritahunya lagi.
" kut dia dah syak kut yang kau nak ngorat dia." Teka aku.
" hm. Kalau dia tahu pun , tapi aku rasa dia akan reject aku kut." Jawab Jungkook.
" ohh."
" but aku akan try tanya dia sekali lagi nanti. Kut la dia berubah hati , nak kenal kenal dengan aku." Putusnya. Jungkook ni memang jenis tak mudah putus asa. Selagi tak dapat , selagi tu dia usahakan.
YOU ARE READING
Sugar daddy || KSJ
FanfictionTerpaksa hidup dengan lelaki yang tak pernah aku kenal selama ni. Bukan benda yang mudah. Mampu ke aku hadap lelaki ni ? Kuat ke iman aku ? Entah. Aku sendiri tak yakin dengan diri aku sendiri. Dia. Memang boleh buat iman aku tergugat. Haish ! " You...