~ 17 ~

21 3 0
                                    

11:45 malam.

Ramen yang masih panas itu , disuapkan ke dalam mulut sambil menonton drama Korea. Ramen , kimchi , tteokbokki dengan Coke salah satu combo yang terbaik semasa layan Korean drama.

Memandangkan esok cuti , jadi malam ni aku nak layan drama sampai subuh. Shuh ! Jangan kacau aku !

Seokjin. Dia tak ada kat rumah. Dia keluar sejak petang tadi lagi , katanya nak jumpa dengan Jungkook. Ada kerja.

Walaupun dia nak keluar , tapi dia dah siap siap orderkan makanan untuk aku. Jadi kalau dia tak balik pun tak apa la malam ni. Perut aku dah kenyang. Makanan pun banyak. Haha.

PANGGG !!

Serta merta kepala aku tertoleh ke arah luar rumah. Macam bunyi ada benda jatuh. Tapi apa ya ? Kucing ke ? Ke Seokjin dah balik ? Tapi kenapa tak bunyi pun enjin kereta dia.

Volume tv aku slowkan sikit sebelum bangun mendekati tingkap rumah. Baru sahaja aku ingin membuka tingkap untuk memeriksa bunyi apa , tiba tiba ada satu kelibat sedang berjalan dari luar rumah.

Zup !!

Aku mengundur ke belakang setapak. Tak jadi nak buka tingkap. Aku perhati tingkah laku kelibat itu dari dalam rumah. Pencuri ke ?

Dia berjalan dengan berhati hati mengelilingi rumah. Macam tengah memeriksa sesuatu. Okay itu sah pencuri. Kejap dia bukan seorang la , tapi dua orang.

Tangan aku mula menggigil. Cepat cepat aku mendekati sofa sebelum mencapai phone. Nombor Seokjin , dicari. Dalam fikiran aku hanya ingatkan Seokjin je sekarang ni.

Mana Seokjin ni ? Lambat lagi ke dia nak balik ?

' where are you ? '

Tak sampai beberapa minit aku chat Seokjin , terus dia menghubungi aku.

" kenapa ? " soalnya sebaik sahaja aku menjawab panggilan.

" awak kat mana ? " soalku dengan nada perlahan. Takut pencuri tu dengar suara aku.

" Bar. Dengan Jungkook. Kenapa ni Eun ? " soalnya lagi. Tapi kali ni nada dia agak serious. Seolah olah macam boleh kesan ada sesuatu tengah berlaku pada aku.

Haaa Seokjin. Saya takut gila sekarang ni.

" eun.."

Aku memejamkan mata dengan bibir bawah digigit sedikit. Cuba untuk cari kekuatan.

" seokjin.." panggilku.

" ya eun." Dia sabar menunggu aku.

" i need you right now." Kata aku berserta dengan tangisan.

" eh eun. Kenapa ni ? " soalnya mula panik.

" ada.. ada orang cuba nak masuk dalam rumah. Diorang ada kat luar sekarang ni." Beritahuku.

" what ?! "

" seokjin.. saya takut.."

" okay. Calm down Eun. Eun kunci tak pintu ? " soalnya.

" hm kunci " Dia dah pesan banyak kali kat aku sebelum dia keluar tadi.

" okay. Relax. Don't make noise. Just duduk dalam rumah diam diam. " Katanya.

" hm. Seokjin balik la cepat , saya takut ni.." desak aku berserta dengan tangisan.

" go eun. Listen. Listen to me. You'll be safe. I promise. Okay ? Give me 5 minutes. Saya akan sampai kejap lagi. Okay ? " pujuknya. 5 minit ? Aku pandang jam dinding.

Sugar daddy || KSJWhere stories live. Discover now