"Dia kata lagi dua hari kan , hmm baik aku fikir cara nak jarakkan masa lagi ni" Melissa masih berfikir cara nak jauhkan diri daripada Ridzwan . Tengah ligat berfikir tiba-tiba telefon dia vibrate dan mengeluarkan lagu ringtone I love you – arvil lagvine
."eh oh mak kau jah" latah Melissa sambil melihat screen iphone nya .
"hmm , kalau mak aku dengar aku melatah ni , memang kena cili lah mulut, tapi kenapa pula Has call aku ni ?" Melissa menekan punat hijau di screen .
"Hello ,"
"Hello , Mel apa khabar ?"
"baik je , kau sihat ? kenapa call aku tetibe ?
" tak aku saja je call kau , rindu nak jumpa kau weh, kau tak nak balik sini ke ?
"aku pun sebenarnya terfikir nak balik sana lah , nak jumpa mak abah aku"
"baliklah weh , nanti boleh keluar sama-sama"
"ha'ahkan , kebetulan esok dah mula cuti umum tapi 3 hari je , aku nak minta lagi dua hari lah guna cuti tahunan aku yang masih lagi berbaki"
"hehehe , kalau kau dah confirm balik , bagitahu aku tau"
"okay"
*****
"Yahoooo! Bos kasi cuti" jerit Melissa selepas menelefon bos dia , berbagai alasan dia bagi akhirnya dapat juga .
" nak kena bagitahu Has ni ," kata Melissa sambil menekan aplikasi whatapps , Has online jadi dia terus mesej .
"has ! aku dapat cuti esok aku bertolak kay"
"yes ! okay okay cun"
'tak sabarnya nak jumpa has , rinduu' Melissa tetibe teringat kat sesuatu perkara yang agak penting lepas tu menepuk kepala dia dengan tangan . "alamak , encik ridzwan lagi satu masalah" lalu Melissa tersenyum "tapi aku boleh ambil udara yang tenang dekat Kedah nanti pastu aku boleh jarakkan masa , yes !" melompat-lompat di atas katil Melissa kerana terlampau happy .
******
"Iwan nanti tolong hantar barang ni dekat rumah mak ngah dekat Kedah boleh ?" ujar Puan Anita kepada anaknya .
Ridzwan yang sedang duduk atas sofa panjang di ruang tamu sambil mata memandang kearah rancangan di televisyen plasma . Lalu memandang mama nya di sebelah kanan . "okay mama , nanti boleh lah Iwan round satu Kedah , da lama tak balik , rindu pula suasana kampung."
Memang dulu mereka menginap disana pada zaman persekolahan Ridzwan tetapi disebabkan ayahnya membuka cawangan terbesar di Terenganu dia terpaksa berpindah ke sana .
"bolehlah orang jumpa faiz nanti ma !" teruja Ridzwan rindu akan sahabat lama nya yang sudah mempunyai kerjaya sendiri .
"amboi excited nampak , dah macam teman wanita pula mama tengok korang berdua ni , tak boleh nak renggang ." ujar Puan Anita
"apa pula macam tu mak , iwan masih waras tau , iwan minat gegirl bukannya boboy" balas Ridzwan
"Haa , mama tahu tu , lagi satu kamu tu bila nak kahwin ni , mama tak sabar nak timbang cucu , kamu tu bukannya muda lagi , dah 27 tahun . Kawan mama anak dia sebaya kamu dah ade 2 orang anak tau ." mula lah Puan Anita nak ceramah pasal kahwin .
Ridzwan yang perasan situasi ini "mama jangan risau , Ridzwan ada calon terbaik untuk mama ,hehe" kata nya sambil menayang kan senyuman yang manis menampakkan gigi yang putih bersih tersusun rapi lalu memeluk erat mama dia .
"Ehem!" ada suara lelaki yang baru sahaja lalu di situ .
"ops , ada orang jeles lah mama ." sambil menujukan kearah Tan Sri Yahya yang baru sahaja turun dari bilik kerja nya.

YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomanceMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...