10 tahun kemudian....
Selepas tamatnya zaman persekolahan Ridzwan menyambungkan pelajaran nya ke luar negara iaitu Oxford Universiti di London . Disebabkan keputusan SPM nya yang cemerlang iaitu 10 A+ , Ridzwan dengan jayanya dapat memasuki ke universiti idaman nya .Dia mengambil kos bidang bisnes untuk menyambung syarikat ayahnya .Dia belajar disana sampai habis master .
Di konvo Oxford Universiti....
Dengan riuh pelajar dan keluarga para pelajar sibuk dengan bergambar untuk kenangan sebagai penamat nya pelajaran . Tan Sri Yahya dan isterinya mendekati anak tunggalnya yang sedang sibuk beramah mesra dengan kawan sekelas nya .
"Assalamulaikum ,Iwan" sambil memegang bahu anaknya .
"Waalaikummusalam , Papa , mama ! Bila sampai ?" sambil memeluk kedua ibubapanya . Rindu sangat dekat ibubapa nya kerana sudah lama dia tidak pulang ke Malaysia kerana terlampau sibuk .
Iwan melepaskan pelukkan "bila sampai , buat apa datang jauh-jauh ni ." tanya Ridzwan sekali lagi .
"Pukul 9 pagi tadi dah sampai" jawap Puan Anita sambil mengusap pipi anaknya , tertumpahnya rasa kasih sayang meluah kepada anak tunggalnya itu .
"Papa bangga dapat tengok iwan habiskan master ni , lepas ni boleh lah sambung papa punya syarikat tu , papa dah tua asyik penat je nanti bolehlah papa berehat kat rumah ." kata Tan Sri Yahya sambil memeluk bahu anak nya itu .
"Baik papa , Iwan akan jaga syarikat dan hotel kita dengan baik dan berjaya in sya Allah ," kata Ridzwan sambil tersenyum .
*****
"Bos kenapa ? saya still belum professional dalam bab ni ."
"Saya percayakan awak boleh selamatkan syarikat kita Melissa , awaklah pekerja terbaik disini"
"alah ,bos ramai lagi arkitek lain yang lebih handal daripada saya , saya tak bersedia lagi"
"kalau kita tidak ambil projek ni , kemungkinan besar syarikat ni perlu gulung tikar , jadi saya amat yakin awak boleh Melissa , pengarah hotel itu amat sukakan rekaan awak , awak terima jelah mungkin itu rezeki awak "
Melissa pergi ke tempat duduk nya kembali dengan hati yang gelisah . Tabiat mengigit kuku masih belum boleh dibuang apabila sudah dalam keadaan gelisah macam ni 'aduh , tapi projek tu besar sangat , kalau aku buat salah macam mana pula ?' kata hati nya . 'tak apa lah kalau aku yakin boleh , mestilah boleh punya'
*****
Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam , Melissa masih tidak boleh melelapkan mata . "aduh , parah ni aku tak boleh nak tidur" sambil meramas rambut nya yang panjang beralun dia turun katil lalu pergi ke dapur . "minum susu la , mungkin boleh buat aku tidur" sambil membuka peti sejuk .
Sabrina yang baru saja mahu menjejak kaki ke dapur terkejut dengan kehadiran seorang perempuan yang berambut panjang "Oh mak kau jah ! kus semangat " sambil memandang perempuan itu dalam keadaan dapur yang gelap .
Melissa berpusing ke belakang " hai" sambil mengankat tangan nya .
"Lah kau rupanya Mel , Ya Allah aku ingat hantu mana lah datang ke dapur . lain kali ikat lah rambut kau yang panjang berjela tu , apa lah . sakit jantung aku dibuatnya" sambil memegang dada nya berdebar .
"Hehe , sorry Rina , aku lupa nak ikat ." balasnya sambil tersengih macam kerang busuk lalu pergi ke ruang tamu dan membuka televisyen channel korea .
Sabrina datang membawa biskut oreo bersama secawan susu di tangan "kau kenapa tak tidur lagi ? ade yang merunsingkan ke ?"tanya nya
"ha'ah , aku takut lahh nak handal projek baru ni" mengadu Mel . Memang sejak duduk serumah dengan Sabrina . Sabrina lah menjadi peneman nya dan tempat berkongsi cerita .
"Alah , apa nak takut buat jelah macam biasa kau selalu buat."
"tapi kali ni projek ni agak besar kot" kata Melissa
"uwah besar eh , nanti dapat income jangan lupa kongsi dengan aku" gurau Sabrina
Mel mencubit lengan Sabrina "kau ni sempat lagi nak bergurau dengan aku kan"
"Aduh , sakitlah kau cubit" sambil mengusap lengan nya . "alah aku nak buat kau hilang nervous tu , kau jangan risau . aku yakin kau pasti boleh !" sambil menepuk bahu Mel .
"hmm yelahhh , thanks" balas Mel
*****
"Alamak , alamak dah lambat , dah lambat . subuh gajah lah kau harini Mel" kelam kabut Mel mencapai tuala . Nasib baik dia sudah iron baju semalam .
"Mandi kerbau lah hari ni , dah lah hari ni ada meeting pukul 9 pagi ."dengan segera Mel bersiap dan menyapu sedikit bedak dan lip balm pada bibirnya merah .
Dia mengambil sekeping roti yang telah di sapu jem strawberi oleh Sabrina . " eh , eh , kau ni cepat-cepat nak gi mana ? baru pukul 7 pagi kot" kata Rina
" aku takut jalan jam sebab meeting aku pukul 9 pagi" jerit Mel ." pergi dulu , Assalamualaikum !"
"oh okay , waalaikummusalam" balas Rina
******
" Jadual tuan harini , pada pukul 9 pagi ada meeting bersama arkitek yang telah dijanjikan" kata setiausaha nya .
"Baiklah , boleh saya tengok dokumen yang semalam saya minta ?" kata Ridzwan
"Iya , ada disini" tunjuk Hairul sambil meletakkan di atas meja . " Tuan ada apa apa lagi boleh saya bantu ?"
"oh , terima kasih , tiada . awak boleh keluar sekarang "
Ridzwan memandang jam tangan nya " masih ada 1 jam sebelum meeting " sambil memandang ke arah suasa pagi pada dinding cermin di belakang nya .
*****
Berlari anak Melissa masuk kedalam Syarikat Aqashah itu . Sambil memandang pada jam tangan nya . 'fuhh , nasib sempat masih ade 10 minit , kalau aku tak keluar awal tadi mesti dah tersangkut kat jalanraya' *tingg* bunyi pintu lif terbuka lalu Melissa masuk kedalam dan menekan punat 22 .
*ting* Melissa memandang sekeliling , ' kosong je ?' kata hatinya . Dia keluar dari lif dan mencari bilik yang dikata bos nya .
Hairul ternampak seorang wanita yang ayu dengan baju kurung kapas bunga kecil warne coklat cair yang datang menghampiri nya .
" ya ? boleh saya bantu cik ?" kata Hairul
" saya ada buat appoiment dengan Encik Shah Ahmad Ridzwan"
" oh ye ? sebentar ." kata Hairul sambil melihat jadual Tuannya .
Mel hanya menganguk dan membetulkan tudung bawal crepe warne coklat .
"oh , cik arkitek yang dihantar oleh syarikat Artc Holding ?"
Melissa mengangguk kembali
"sila ikut saya ," sambil menunjukkan kearah pintu dihadapan nya .
*tuk , tuk , tuk*
"Tuan , arkitek itu sudah tiba" kata hairul lalu membuka pintu itu .
"masuk" kata Ridzwan.
'Bismillahirahmanirrahim , semoga semuanya berjalan lancar' doa Mel dia dalam hati . kemudian Mel memasuki kedalam pejabat yang mewah itu sambil memandang ke sekeliling . 'rekaan dalaman yang unik' kata hati dia .
Melissa memandang lelaki yang masih duduk membelakangi dia . "erm , Assalamualaikum , tuan Shah Ahmad Ridzwan ?" sambil menarik nafas yang panjang .
" Waalaikummusalam" sambut Ridzwan sambil memusingkan kerusi nya .Terangkat kening mata Ridzwan alangkah terkejut nya dia memandang wanita dihadapannya itu .
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomanceMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...