Medina menuju ke tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan teman lelaki nya Jefry . Sudah tentulah mahu menunaikan apa yang diminta oleh Jefry tempoh hari . Medina berkenalan dengan Jefry sejak belajar di universiti . Selepas itu dia berjumpa Jefry di kelab malam yang selalu dikunjungi oleh Medina untuk melepaskan gian . Makin lama mereka semakin rapat . Medina berasal dari keluarga yang berada tetapi disebabkan Medina ini beperangai liar . Ibubapa nya tidak memberi sebarang wang saku untuknya. Disebabkan itulah dia mencari lelaki yang kaya raya untuk mendapatkan wang .
Medina sudah sampai ditempat yang dijanjikan dan mengambil pesanan . Jefry datang menghampiri Medina dan mengambil tempat dihadapannya .
"hai sayang , lama tunggu ?" tanya Jefry
"eh takdelah , baru je sampai . Tadi I dah order makanan untuk you"
"okay" Jefry memandang muka Medina yang murung
"Sayang kenapa you sejak akhir-akhir ni macam murung je ?" Jefry memandang muka Medina yang sedang menghirup air lemon
Medina memegang mukanya. Nampak sangat ke yang aku tengah stress . aduh . "yeke ? I rasa macam tak sihat lah sejak akhir ni"Medina memberi alasan .
"You tak sihat ?" Jefry bangun dan menyentuh dahi Medina .
Medina terkejut dan meletak kan kembali tangan Jefry ke bawah . "you makan je lah , orang pandang"
"kenapa ? biarlah orang nak pandang pun macam you tak biasa" Jefry meneruskan makan makanan yang hampir habis .
"bukan maksud I lain" balas medina . Selepas itu lama mereka berdiamkan diri .
Medina teringat something yang diminta dekat Ridzwan "You , I da dapat duit yang you nak" kata Medina yang sedang memandang muka Jefry
"oh yeke ? thank you baby! Bolehlah I habiskan bayar duit kereta" balas Jefry sambil memegang tangan Medina .
" baguslah , tak mau merajuk okay hahaha"
******
Hari yang dirancang sudah tiba . Pertunangan diantara Melissa dan Ridzwan . Persiapan untuk pertunangan ini sudah di siapkan oleh keluarga Melissa dengan begitu cermat . Masing-masing bertungku lumus untuk menyiapkan hantaran untuk pihak lelaki . Melissa juga turut membantu ibunya walaupun dalam keadaan yang sibuk .
"Has aku nervous lah" tanya Mel kepada kawan karib nya yang setia berada disebelahnya
Hasmina memandang kearah Melissa sambil tersenyum . Akhirnya kawan aku ni nak jadi tunang orang tak lama lagi.Has memegang bahu Mel "kau cantik hari ni Mel"
Mel memandang Has dengan membuat muka pelik "eh kau ni sempat nak puji aku en . Aku nervous tahap kelapan tahu, tak pernah-pernah kau puji aku"
"hahaha apa pula tak pernah , aku selalu puji dalam hati , taknak kau riak"
Mel mencubit lengan Has dengan lembut lalu memandang kearah cermin dihadapannya . Harini first time dia pakai makeup dengan sempurna . Dia dimakeupkan oleh mak andam sebentar tadi . Hmm lainnya muka aku . Macam bukan aku pula dah . Melissa hanya memakai baju kurung kapas berwarna krim dengan bermanik pada lace di tangan dan hujung baju kurungnya .Tudung shawl crepe yang sepadan dengan warna bajunya di pakai dengan begitu anggun .
Has memerhati diluar tingkap bilik Mel . "weh rombongan belah lelaki dah sampai lah"
Melissa yang baru sahaja tersedar dari lamunan "apa ? dah sampai?"
Has hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum
Mel sudah gelabah . Macam biasa kalau dia gelabah sudah tentu akan berjalan kesana sini . Naik pening kepala Has melihat Mel kehulur kehilir . "weh relax ah macam lah kau nak gi menari atas pentas galaknya"
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
Roman d'amourMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...