Ridzwan yang masih memegang kemas lengan Melissa . Melissa meronta-ronta untuk dilepaskan "encik Ridzwan , boleh awak lepaskan lengan saya sekarang ?" Ridzwan yang baru tersedar di dunia yang nyata kemudian dia melepaskan lengan Melissa .
Dia berdiri didepan Melissa lalu memandang gadis itu . Melissa memegang lengannya yang terasa agak sakit kerana Ridzwan menariknya agak kuat . "sakit tau tak?" marah Melissa .
"maaf, tak sengaja" balas ridzwan
Kemudian mereka kembali krik krik . Melissa sudah gelisa dengan situasi yang janggal itu .
"ehem , boleh saya tanya sesuatu ?"
Ridzwan memandang tepat pada mata coklat Melissa .
"apa ?"
Melissa mengalihkan pandangan kearah kasut nya . malu di pandang begitu oleh lelaki .
"kenapa awak tolong saya tadi ? awak ada apa-apa hubungan dengan Aiman ke ?"
"hmm , dia sepupu aku , aku minta maaf lah bagi pihak dia . aku pun tak sangka perangai dia macam tu sekarang. Aku tolong kau pun sebab aku taknak malu kan dia depan orang ramai macam takde adab pula memukul perempuan" panjang lebar Ridzwan bagi keterangan
"oh , tapi awak tak perlu pun tolong saya sebab saya cuma nak tolong bestfriend saya" Melissa memandang sekeliling dan terdapat bangku ditepi pokok itu kosong lalu dia berjalan kearah bangku itu , Ridzwan hanya mengikuti .
"kau buat kerja gila ke apa , sanggup muka kau nak kena lempang free free je ke ?"
"daripada kawan saya yang kena , baik saya yang halang"
*****
Hasmina yang tercari –cari Melissa kemudian ternampak Melissa yang sedang duduk dia bangku . "eh , lelaki itu" dia menghampiri Melissa sambil berlari anak .
"Mel" panggil Hasmina
Melissa menoleh kearah suara yang memanggil nama nya . lalu berdiri . " kau okay has ?" katanya sambil memegang bahu Has
"hahaha , cemas lah relax lah . aku okay je" sambil tunjuk peace kearah Melissa .
"amboi , sempat buat peace" sambil cubit lembut pipi Has . dia tahu Has tengah sedih tapi tidak mahu ditunjuk , Has kau kena kuat kay , ni dugaan kau . mungkin Aiman bukan jodoh kau .
Has memandang Melissa sambil mulut menyenget ke tepi untuk menunjuk kearah lelaki yang masih ada disitu . "kenapa dia ada kat sini ?" bisik Has
"tak tahu, tetiba je muncul tadi" sambil memandang Ridzwan yang sedang memandang iphone di tangan .
Melissa berjalan menghampiri Ridzwan " Encik , saya balik dulu ." Melissa memusingkan badan mahu bergerak turun tangga yang ada disitu
"Melissa" panggil Ridzwan sambil menghulurkan iphone nya.
Melissa menyambut iphone itu tapi memandang pelik kepada Ridzwan yang masih diam
"kenapa encik ? nak hadiahkan iphone ni pada saya ke ?"
"apalah kau cakap ni , aku nak nombor telefon kau , cepat tulis"
Ala dah kenapa nak nombor aku mamat galah ni , aduih. Has yang memerhati tu terus mengambil iphone ditangan Melissa dan terus menaip nombor dan disavekan .
"nah encik ridzwan , kalau diminta pada Melissa sampai tahun depanlah nampak nya kita berdiri disini . kay kami pergi dulu , assalamualaikum"
Has berlalu pergi dan Melissa masih kaku berdiri disitu
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomanceMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...