Bab 13

3K 105 0
                                    

"Okay dah sampai" Ridzwan meletakkan kereta audi a6 dia tempat letak kereta . Melissa keluar dari kereta dan memandang ke sekeliling kawasan rumah banglo itu .

Wow asal besar sangat , segan lah macam ni . Aku anak orang biasa je .

"ha , asal tercegat kat situ lagi , mari ikut aku masuk" tanya Ridzwan yang sedang memandang Melissa

Melissa menganggukkan kepala nya , berlari anak mengikuti belakang Ridzwan . Melissa menyentuh bahu Ridzwan dengan jari telunjuk nya . Ridzwan memandang kebelakang " yang ni rumah ke istana awak ?"

Ridzwan tersenyum mendengar "kau pernah masuk istana ke ? macam mana kau tahu ni macam istana ?"

"hm , tengok pun dah tahu . saya malu lah"

"buat apa nak malu , kau ikut je langkah aku . Dengan cara inilah dapat selamatkan syarikat kau"

Melissa teringat kepada rakan sekerja dan bos dia . hmm takpelah janji aku dapat selamatkan diorang .

"Assalamualaikum" Ridzwan masuk ke dalam rumah dan dibuntuti Melissa dibelakang

"waalaikummusalam , anak mama dah sampai"

Ridzwan menyalami tangan ibunya . Puan Sri Anita memandang kearah Melissa yang masih tertunduk malu . wah , sangat cantik pilihan iwan ni .

"ha , ni ke menantu mama ?" tanya Puan Sri Anita kepada Ridzwan

Ridzwan hanya menganggukkan kepala . Melissa menghulur tangan untuk bersalaman dengan Puan Sri Anita . "Apa khabar Puan Sri" ucap Melissa sambil memandang kearah Puan Sri Anita

"eh , jangan lah panggil Puan Sri macam majikan pula"

Ridzwan yang hanya memerhati dekat sebelah sudah tahan ketawa .Melissa tersenyum " jadi saya perlu panggil dengan panggilan apa ?"

"panggil lah mama"

"oh , mama ? baiklah"

Tan Sri Yahya yang baru keluar dari bilik . "eh , asal tak masuk lagi ?" lalu ternampak seorang gadis ayu memakai baju kurung kapas berwarna turquoise .

Melissa hanya menundukkan badan tanda hormat kepada Tan Sri Yahya .

"eh , mari lah makan . lepas tu kita solat zuhur dulu . Sekejap lagi waktu dah masuk"

Di meja makan . Melissa perlu duduk disebelah Ridzwan berhadapan dengan ibubapa Ridzwan . hmm aku nak cakap apa ni ? aduh orang sebelah ni diam je dari tadi bukan nak tolong .

"Melissa kan nama ?" tanya Tan Sri Yahya

" ha , ya Melissa Syafinaz"

"kerja dengan Iwan ke ?"

Dah mula dah soalan-soalan yang patut ditanya

"ya , saya kerja sebagai arkitek"

"pandai memasak ?" tanya Puan Sri Melissa

"boleh juga , saya akan belajar dengan lebih nanti mama"

Puan Sri Anita tersenyum . " dah lama ke kenal Ridzwan ?"

Alamak dah muncul lah soalan paling susah dalam sejarah

"erk , hmm" Melissa menyiku Ridzwan di sebelah yang tadi senyap saja. Ridzwan pandang dia dengan muka blur . Geram juga dek hati Melissa .

"dah lama dah mama . Sejak sekolah menengah lagi" jawap Ridzwan

"lah , dah lama dah , pandai sembunyikan dari mama kan"

Ridzwan hanya tersenyum . " bukan tak nak sembunyi tapi orang sebelah ni tak orang lain tahu pasal hubungan kami"

Ewah -ewah kau nak babitkan aku pula ye . takpe lah Mel janji lepas . Melissa hanya tersengih sampai menampak kan gigi nya .

Sentiasa Ada UntukmuWhere stories live. Discover now