' Macam aku kenal perempuan ni, tapi kat mana eh' tenung Ridzwan kearah Melissa tanpa mengelipkan mata .
Melissa menghalakan tangannya hampir ke muka Ridzwan lalu mengerakkan nya ke kiri dan ke kanan . "Tuan Shah ? awak okay ?"
Ridzwan yang baru tersedar , cover macho di hadapan Mel "erk , haa . saya okay" Ridzwan berdiri menghampiri Mel "sila kan duduk"
"terima kasih" balas Mel sambil tersenyum.
"Okay , saya masa first time tengok rekaan awak ,terus saya jatuh hati . Saya tidak tahu pula orang tuan rekaan nya pun cantik belaka ?" kata Ridzwan sambil memandang tepat kearah mata Melissa
"oh , begitu ke Tuan Shah ? terima kasih , Alhamdulillah ." balas Mel sambil 'aduh , kenapa sudah pengarah ni asyik tenung muka aku , ade something ke kat muka aku ni ?' kata hati Mel lalu menundukkan wajah nya memandang kertas rekaan nya yang berada di atas meja , tak sanggup nak pandang kita bukannya mahram lagi lagi berdua dalam bilik ni .
"panggil saya Ridzwan je , kalau nak nama manja panggil la iwan ." kata Ridzwan dengan muka selamba dia .
"eh , takpe saya panggil Encik Ridzwan je" kata Mel 'loya tekak aku mak oi' kata nya di dalam hati
*tuk , tuk , tuk*
Hairul masuk sambil membawa 2 cawan air coffee lalu meletak nya di atas meja ditengah sofa yang mereka berdua duduk .
"terima kasih" kata Mel kepada Hairul
Hairul hanya menganguk . Lalu keluar semula .
Melissa menghirup air coffee itu pelahan-lahan. Ridzwan memandang Melissa tanpa henti . 'Dari muka kening nya yang terbentuk kemas dengan semula jadi , mata nya yang bulat dan anak mata nya hitam coklat dengan bulu mata nya panjang melentik c , hidung nya mancung dan bibirnya merah basah dengan lip balm . sudah banyak berubah dah kau ya Melissa Syafinaz, tidak sangka kita berjumpa kembali'kata Ridzwan didalam hati
"ehem , ehem Encik ? dari tadi pandang saya macam nak makan orang, ade apa- apakah di muka saya ni ?" kata Mel sambil memegang wajahnya.
"tiada apa , saya cuma rasa macam kita pernah jumpa sebelum ini , tapi dimana ya ?" kata Ridzwan yang masih mahu berteka teki .
"ha ? iyeke ? rasanya Encik tersalah orang kut , saya tidak pernah pula jumpa encik dimana-mana" jawap Mel .
*****
"Bagi I masuk ! I kata !" jerit Sofea
"Tidak boleh cik sofea , tuan masih dalam meeting ," tahan Hairul .
" eh kau tepi sikit !" sofea menolak Hairul ketepi .
*pang* bunyi pintu di bukak dengan kuat
Melissa hampir sahaja melatah dibuatnya tapi sempat ditahan . Melissa memandang kearah perempuan itu 'siapa pula dia ni ? Allah dia ni dah kembali pada zaman purba ke ? pakai baju tak cukup kain macam ni terdedah atas bawah ?' kata hatinya
"cik sofea !" jerit Hairul
Ridzwan memandang perempuan itu dengan pandangan yang bosan dan menyampah " kenapa kau datang sini lagi ? aku kata kita dah tiada apa apa hubungan lagi kan" kata Ridzwan sambil berdiri
*pang* muka Ridzwan ditampar oleh Sofea . "sampai hati you buat I macam ni , you tahukan yang I sayang you gila gila" sambil menitiskan air mata.
Ternganga mulut Melissa melihat situasi yang mengejutkan itu lalu dia menutup mulut nya dengan kedua belah tangan.
Ridzwan mengusap pipi nya "kau sayang aku atau kau sayang kan harta aku ? cuba kau jawap sekarang"
Kata kata ridzwan membuatkan Sofea terdiam .
"err, tapi I sayang you ridz , kembali lah pada I semula .please" rayu Sofea .
"aku bukannya tidak nampak yang kau keluar dengan jantan lain bila aku busy ." kat ridzwan
"tidak tu bukan.. bukan macam tu" tergagap Sofea ingin menjawap 'alamak ai macam mana dia tahu'
"Aku dah ada pilihan hati aku" kata Ridzwan sambil memandang Melissa " so kau jangan kacau rumah tangga aku"
Melissa yang hanya menyaksikan situasi regang antara dua orang pasangan ni . Dia bertambah lagi terkejut apabila terdengar apa yang telah dikata kan oleh Ridzwan . "kenapa encik pandang saya ?"
Ridzwa tersenyum lalu menarik lengan Melissa . " aku akan berkahwin dengan dia" sambil memandang Sofea .
"apa you cakap ni ! I tak percaya , takpe kita jumpa lagi nanti , I takkan pernah utus asa nak dapatkan you semula" marah nya sambil menjeling kearah Melissa "perempuan kampong ni juga jadi pilihan you" katanya dengan nada yang sinis . lalu keluar dari pejabat tersebut .
Melissa dengar kata itu dengan jelas sekali , tetapi lagi dia marah kerana dia dipegang oleh lelaki disebelah yang tidak tahu mana asal usul tetiba propose dia "apa Encik buat pada saya ni ?"
"tolong lepaskan lengan saya dulu ." kata Melissa .
Tetapi lengan nya makin kuat dicengkam oleh Ridzwan lalu dia menundukkan kepalanya dekat dengan Melissa "kau serius tak ingat aku ke ?" bisik Ridzwan .
Melissa menjauhkan muka nya lalu menolak kasar tangan Ridzwan yang masih memegang lengan dia "saya tidak kenal encik lah , tolong lah . encik nak apa sebenarnya dengan saya ?"
"kau kena kahwin dengan aku , kalau tak aku lepaskan projek ni ditangan orang lain"
"haaa ! apa encik ni !" marah Mel
"kau ade dua pilihan , kahwin dengan aku atau syarikat tempat kau kerja kena gulung tikar" ugut ridzwan sambil senyum sinis
Melissa masih bingung dan tidak tahu perlu berbuat apa "saya minta diri dulu" kata Mel
"aku kasi kau seminggu Melissa Syafinaz, seminggu" kata Ridzwan
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomanceMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...