Hasmina melambaikan tangan kearah Melissa sambil berlari anak . "heii , sorry lambat kau dah tunggu lama ke ?" kata Has .
Mel buat mimik muka sedih "Ha'ah lama tau aku tunggu , kau pegi mana ha ?"tidak lama pun baru 15 minit dia tunggu, saja nak buat suspen .
"alahh tadi ayah aku dia nak pegi makan lah , nak singgah kedai kejap lah , macam macam lagi ah ," sambil menarik tangan Mel "sorry eh" Has mengelip-gelipkan mata nya berharap supaya Mel memaafkan nya .
Mel memandang dengan muka annoyed "Hahaha tak payah nak kelip-kelip mata leh tak ingat kau comel ?"
Has tersengih sambil mengarukan kepala nya yang bertutupkan tudung bawal crepe berwarna mustard "aku memang comel pun".
Mel memandangnya lalu mencubit lengan Has " perasan, dah lah jom beli tiket nanti kena beratur panjang pula".
"Aduih , sakitlahh"sambil mengusap tempat yang dicubit Mel .
"okay jom !"
*****
"Ya , cik boleh saya bantu ?" Tanya penjual tiket itu .
"saya nak tengok cerita Fault in our star - john green, still ade kosong ? kata Mel
"ouh tunggu sebentar biar saya check"
Mel hanya mengangguk.
Selepas beberapa minit , " ada dalam 4 tempat kosong , cik nak beli berapa tiket ?"
"ohh saya nak , beli du...." kata Mel dipintas oleh seorang lelaki.
"Dia akan membayar tiket kami ya ." kata Ridzwan kepada penjual tiket itu sambil menunjuk kearah Mel.
"oh baiklah" penjual tiket mengeluar resit dan 4 helai tiket . "nah cik ."
"Eh , kenapa pula saya kena bayarkan ?" kata Mel yang masih terkejut dengan situasi itu .
" Sebagai , balasan apa yang kau buat kat aku tadi" kata Ridzwan sambil tersenyum nipis dan berlalu pergi selepas mendapatkan tiket daripada penjual tiket itu.
'balasan? Apa yang terjadi tadi ?' kata Mel dalam hati .
Dalam keadaan terpaksa dia mengeluarkan duit dari beg dompetnya dan membayar tiket wayang tersebut.
Has datang menghampiri Mel sambil membawa 2 bungkus popcorn dengan air berkarbonat persi yang baru dibeli nya . " nah , aku dah belikan untuk kau" Has memberi popcorn dengan air berkarbonat kepada Mel .
" dah beli tiket?" sambil menyuapkan satu biji popcorn kedalam mulutnya.
Mel tersenyum sambil menunjukkan tiket .
" dah , jom kita masuk" . Has menganggukan kepala .
*****
Didalam panggung wayang tersebut . Mel terpaksa duduk disebelah Ridzwan kerana dia masuk terlebih dahulu . Ridzwan memandangnya dan memandang semula pada screen wayang yang ditayangkan . Mel buat tidak endah lalu mengambil tempat duduk yang ade disebelah Ridzwan 'aduh , kenapa lah malang betul nasib aku kena duduk sebelah mamat poyo ni' katanya dalam hati .
*****
"isk, isk ,isk" kedengaran suara tangisan Mel , 'ni lah part yang sedih tu , aduh kenapa lah watak hero kena mati , dah okay dah jalan cerita dia tu' katanya dalam hati sambil mengelap air mata nya dengan tisu .
Dalam masa yang sama Ridzwan perhatikan dia . 'dah kenapa nak nangis pula perempuan ni ? tapi bila nangis pun still comel' kata hati dia . Ridzwan yang baru tersedar apa yang dia kata kan lalu menampar perlahan pipi dia . ' comel apa nya. Ish apa kena dengan kau ni Ridzwan' .
![](https://img.wattpad.com/cover/41699977-288-k340215.jpg)
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomanceMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...