Kedengaran lagu dari siaran Flyfm kuat didendangkan didalam kereta Audi A6 berwarna kelabu gelap yang berkilat apabila terkena pancaran matahari itu . Kereta itu berhenti betul-betul di hadapan Hotel Aqashah . Ada gadis gadis dan orang ramai melalui kawasan lobi itu memandang ke arah kereta mewah itu . Sepasang kasut yang hitam berkilat menghala keluar dari pintu hadapan kereta itu . Lelaki itu nampak begitu segak dengan berkot dan seluar slack berwarna biru gelap , baju kemeja nya berwarna putih , tali leher nya berwarna biru gelap berbelang silver . Ada pekerja yang datang menghampiri nya lalu dia memberi kunci keretanya kepada pekerja itu . Kaki nya yang panjang melangkah masuk ke dalam Hotel Aqashah sambil memandang kearah jam tangannya yang nampak berjenama . Langkahnya terhenti apabila terlihat pasangan yang sedang asyik berbual mesra "eh , itu bukan Melissa ke ? siapa lelaki disebelah dia tu." Hatinya tertanya-tanya .
*****
"Melissa Syafinaz?" laung Ashraf
Melissa memandang kearah suara yang memanggil namanya . Ternampak lelaki yang amat dia kenali lalu senyum manis menampakkan gigi nya bersih tersusun.
"Hei , Ashraf Hariz ! Kau buat apa kat sini ?" katanya sambil mengenang kisah lalu . Ashraf Hariz salah seorang teman rapatnya dia Uitm dulu , salah seorang juga kawan lelaki yang dia pernah ada . sudah lama tidak berjumpa selepas mereka habis belajar kerana Ashraf mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke luar negara .
"hahaha , aku datang sini nak menjemput mama aku yang menginap disini . Maklum lah cuti-cuti ni saja bawa gi jalan kat sini , tak sangka dapat berjumpa dengan kau pula . kau buat apa kat sini ?" tanya Ashraf semula . sambil memandang gadis yang amat dia rindui 'sudah banyak berubah kau sekarang Melissa , rindu aku tidak pernah hilang' kata hati dia .
"oh , haha aku kerja kat sini , ada projek dengan Hotel ni" balas Melissa .
"oh yeke ? eh kejap , kau dah tukar nombor telefon ke ? kenapa aku tak dapat nak contact kau ?" betul Ashraf fikir mahu berjumpa dengan Melissa selepas dia pulang ke Malaysia tetapi nombor telefon Melissa tiada didalam talian semasa dia menelefon gadis itu .
"ha'ah , aku tukar nombor baru , hehe sorry aku lupa nak bagitahu sebab nombor kau hilang masa tukar nombor masa tu" balas Melissa sambil tersengih .
"sampai hati , ehem cepat bagitahu nombor kau" Ashraf mengeluarkan telefon iphone dari poket seluar lalu memberi kepada Melissa .
Melissa menyambut iphone itu lalu menekan nombor dia pada keypad iphone Ashraf . Ashraf hanya memandang kearah Melissa bagai tidak puas . 'kau ni kenapa dari dulu comel , aduih jantung aku' Ashraf mengurut dada nya yang berdegup kencang .
"nah , aku dah bagi jangan lupa calling calling haha" Melissa memandang kearah jam tangan nya ' alamak dah terlambat ni'
"ermm , weh Acap aku gi dulu , dah terlambat ni , nanti tuan pengarah yang sombong tu marah aku pula"
"ouh , okay , okay nanti aku contact kau okay ?"
"no, problem bro, bye , assalamualaikum" kata Mel sambil mengankat tangan lalu berlari anak kearah lif yang baru sahaja terbuka.
"waalaikummusalam" Ashraf hanya menghantar Melissa dengan pandangan 'harap dapat berjumpa lagi Mel'
*****
"Alamak , aku dah lambat ni , aduih mati mati" kata Melissa sambil membelek fail yang ada ditangan . Dia ingin refresh sedikit pasal perbincangan sebentar nanti .
"TING!" bunyi lif terbuka .
Melissa berlari anak kearah pintu bilik Tuan Ridzwan . Sempat lagi melambai tangan kearah Hairul yang sedang duduk dia meja hadapan pintu bilik itu . Dia membetulkan baju kurung kapas corak berbunga kuning . "okay" tarik nafas hembus
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomanceMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...