Melissa memandang ke arah muka Ridzwan dengan muka yang tidak percaya . Kenapa mamat galah ni boleh ada dekat sini? Bukan ke tadi dia kata tak nak join lunch dengan aku . Ridzwan membalas pandangan Melissa dengan senyuman .
Asyraf yang dari tadi hanya memerhati mula bersuara " erm Mel awak kenal ke dia ni ?" Siapa lelaki yang sangat segak penampilan dia ni , macam pernah lihat saja mukanya tapi dimana eh?
Asyraf melihat Ridzwan yang masih berdiri dengan tanda tanya .
Melissa yang baru tersedar situasi yang sangat kekok itu mula menjawap pertanyaan Asyraf " oh , haa kenal . Dia ni ..."
belum sempat Melissa menghabiskan kata-katanya Ridzwan memotong " Saya tunang Melissa . Shah Ahmad Ridzwan . Pemilik Hotel Aqashah" kata Ridzwan sambil menghulurkan tangan untuk tanda berkenalan .
Asyraf turut berdiri lalu menyambut tangan yang dihulur Ridzwan . "Asyraf Hariz kawan kolej Melissa" jawapnya sambil memberikan senyuman . Tunang ? Melissa sudah bertunang? Aduhai aku dah terlambat ke?
Mereka saling berpandangan . "ha marilah duduk Encik , bolehkan Acap ?" kata Melissa
Asyraf yang agak kecil hati pun menganggukkan kepala . Ridzwan mengambil tempat duduk disebelah Melissa . "dah order ?" kata Asyraf
"Saya sudah order tadi" Melissa memandang kearah lelaki disebelahnya "erm Encik nak order apa ?"
Asyraf yang baru sahaja berlalu untuk mengambil menu , kembali dan menunjukkan menu itu pada Ridzwan . "order lah yang mana suka , harini saya belanja memandangkan Mel baru first time datang ke restaurant saya" kata Asyraf sambil memandang ke arah Melissa yang sedang memerhatinya .
"uwah terima kasih ah , Acap sebab nak belanja , rezeki di depan mata tak boleh ditolak" jawap Melissa sambil tersengih
"ehem , saya nak spaghetti cabonara dan fresh orange juice" kata Ridzwan yang tidak suka melihat kemesraan mereka berdua . Dimata lelakinya dia dapat merasakan yang lelaki dihadapannya ada perasaan terhadap Melissa dari segi pandangannya .
"okay saya pergi kebelakang dan masakkan special untuk kamu berdua" Asyraf sudah berdiri dan pergi ke dapur untuk memulakan kerja nya .
Melissa dan Ridzwan menganggukkan kepala dan melihat Asyraf berlalu pergi .
Hmm apa aku nak cakap ni . Melissa sudah mengaru kepala yang tidak gatal . "Kawan ke ?"tanya Ridzwan dengan matanya memandang tepat kearah mata Melissa .
Aik dia ni tak dengar ke tadi Acap bagitahu dia kawan aku "ha'ah kawan masa dekat kolej dulu dia ambil course yang sama dengan saya , saya tak tahu pula dia minat untuk menjadi chef" jelas Melissa
"aku tak tanya pun" kata Ridzwan sambil melihat sekeliling Restaurant yang unik itu
"eh bukan tadi Encik tanya dia kawan saya kan ?" Melissa memandang Ridzwan yang gaya nya seperti mahu marah . aku salah dengar ke ?
Ridzwan memandang semula Melissa "saya tanya kawan je , itu saja" jawap Ridzwan sambil mengeluarkan iphonenya dari poket seluar .
Melissa sudah resah hati . Aku buat salah ke ? "Encik marah saya ke ?" tanya melissa takut takut
Ridzwan hanya memerhati iphone nya dan berdiamkan diri . Entah apa yang best dekat iphonenya ditenung tanpa jemu .
Melissa pun hanya berdiamkan diri . Selepas beberapa minit Asyraf datang membawa makanan dan minuman yang dipesan sebentar tadi . Melissa turut membantu untuk membawa makanan itu turun dari dulang dan diletak atas meja . Bersinar-sinar mata Melissa melihat chicken chop mushroom favourite dia lalu tersenyum manis menampakkan sebaris gigi yang tersusun rapi.
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomansaMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...