Tan Sri Shah Yahya sedang duduk disofa ruang tamu melihat kearah pintu rumahnya selepas terdengar suara isterinya ketawa .
"amboi riuhnya kamu" dengan nada mengusik lalu dia pandang ke arah isterinya yg sedang pegang tangan Melissa. Melissa hanya tersenyum manis menampakkan giginya memandang kearah bapa mertuanya yang segak walaupun sudah kelihatan berumur.
"assalamualaikum, apa khabar Tan Sri" sambil tunduk hormat.
"waalaikummusalam, baik alhamdulillah. Eh tapi kamu ni tak payah lah panggil saya Tan Sri. Panggil je papa , kita kan nak jadi satu keluarga."
Melissa hanya tersipu malu dan menunduk tanda faham apa yang cuba dikatakan oleh ayah Ridzwan.
"eh mama masak apa ni bau sungguh menyelerakan , hehe" Ridzwan masuk mencelah
Puan Sri Anita tersenyum melihat anaknya "haa cer teka mama masak apa ?"
"main teka teki pula mama ni" sambil pergi kearah ruang meja makan
Ridzwan membuka tudung saji lalu tersenyum gembira melihat makanan dihadapannya "wahh tomyam campur ! lama da orang mengidam mama . "
"haa tu la orang suruh balik tak mau balik duk berkepit ja dengan Melissa ja." Balas mama Ridzwan dengan nada mengusik
Melissa yang tak tahu apa terkejut nama dia dipersoalkan. Aik aku ? Bila pula aku duk berkepit dengan anak dia ni.
"Mana ada mama, biasalah orang sedang dilamun cinta kan" Ridzwan memandang Melissa sambil kenyit sebelah mata "kan Mel ?"
"Haa .. ? Hahaha minta maaf mama nanti Mel bagitahu Encik Ridzwan suruh balik rumah selalu"
Berubah riak wajah mama terdengar perkataan 'encik' terkeluar dari mulut Melissa " eh kamu masih panggil Iwan , encik ? Mama tahu kamu tu pekerja Iwan "
"erk ya, saya masih tidak biasa lagi" kata Melissa sambil garu kepala yang tidak gatal
"takpalah, slow slow praktis panggil abang nantikan kamu akan berkahwin dan jadi isteri kepada iwan takkan kamu nak panggil encik lagi ?" tanya mama "cuba kamu panggil abang"
" haa ?" Melissa memandang ke arah Ridzwan yang sedang memerhati bagi isyarat untuk minta tolong. Ridzwan hanya mengangkat bahu lalu tanda 'apa?' lalu mencebik "tu la mama orang da suruh dia praktis tapi dia pemalu kan" kata Ridzwan
Melissa hanya mengerutkan keningnya lalu mengetap bibir. Geram dengan reaksi Ridzwan yang tidak ingin membantunya.
"apa pula tak yah praktis nanti akan terbiasa dengan sendirinya kan ?" sambung papa
Ridzwan mengangkat ibu jari nya buat tanda setuju sambil tersenyum.
Ridzwan tersengih sambil memandang Melissa yang sedang tak keruan. Ha aku dah kata sapa yang akan mengalah nanti.
Melissa hanya mengangukkan kepala.
"eh takpalah jom kita makan apa lah berdiri lama-lama depan makanan" bahas mama yang sudah pegi kearah dapur
Melissa hanya mengikut mama untuk bantu apa yang perlu. "ada apa apa Mel boleh tolong ?"
" ish apa pula ,kamukan tetamu mama , duduk ja dia meja makan tu nanti mama datang bawakan nasi"
"takpalah saya boleh tolong" sambil mengambil mangkuk yang dipegang oleh mama
"kalau macam itu, boleh tolong isikan nasi ke dalam mangkuk tu" sambil menunjukkan kerarah periuk nasi
YOU ARE READING
Sentiasa Ada Untukmu
RomanceMelissa Syafinaz Yusof seorang gadis yang tidak gemuk tidak juga kurus , memiliki wajah yang anggun dan putih kemerahan berseri tanpa ada sebiji jerawat . Oleh sebab itulah , ramai lelaki yang meminati dia dan ramai juga yang ditolak oleh nya . Dia...