Bab 12

3.2K 105 4
                                    

"Assalamualaikum !" laung Ridzwan selepas saja sampai dirumah ibubapa nya

"waalaikummusalam . amboi semangat nampak . Kenapa ade benda best ke berlaku kat Kedah sana ?" balas Puan Anita

Ridzwan hanya tunduk dan menyalami mama nya dan memandang sekeliling . "papa mana ma ?"

"Ada tu ha , kat ruang tamu"

"oh , okay okay , mari mama Iwan ade something nak bagitahu ni"

"oh , excited mama nak dengar"

Ridzwan dan mamanya berjalan menuju ke ruang tamu . Seperti biasa Ridzwan menyalami papa nya .

"haa , dah balik dah anak papa . seronok cuti ?"

"seronok papa , apa pula tak seronok"

Puan Anita menepuk lengan Ridzwan . " cepatlah apa yang Iwan nak bagitahu ?"

Ridzwan hanya tersenyum menampakkan gigi nya yang tersusun lagi putih bereri-seri .

"mama papa, Iwan dah jumpa calon menantu untuk mama papa" katanya sambil tersenyum

Puan Anita menutup mulut nya dengan tangan kerana terkejut dengan perubahan anaknya yang baru saja balik itu tetapi hatinya gembira kerana termakbul juga doanya nak anak nya itu membuka niat untuk berkahwin .

"bagus lah tu , iwan . Kamu pun bukannya muda sangat . Siapa yang sudah ambil hati anak papa ni?" kata Tan Sri Shah Yahya .

Puan Anita memegang tangan anaknya erat . "kamu bawa lah menantu mama tu datang sini . Mama tak kisah pun dia berasal dari keluarga yang asalkan dia baik dapat menjaga kamu nanti"

Ridzwan menyambut tangan mamanya . "baiklah mama , nanti iwan tanya dia"

"Kamu dah berbincang dengan dia ke ? yang kamu nak berkahwin dengan dia ?" tanya Tan Sri

"Haa , yang ni lah yang Iwan nak citer ."

"Ceritalah , papa nak tahu juga"

"ehem , masa orang pergi Sungai Petani tu , orang terjumpa dia , then orang pergi jumpa ibubapa dia . then orang cakap nak bertunang dengan dia dekat ibubapa dia ."

"uih , asal berani benar anak papa ni ? habis tu diorang setuju tak ?"

"eh , semestinya setuju , iwan kata minggu depan nak hantar rombongan untuk bertunang"

"oh begitu , okay papa setuju , nanti bawa lah gadis tu ke sini boleh papa berbincang sekali"

"okay papa"

*******

Suasana malam membuatkan Melissa kesejukkan dan memperlahankan suhu penghawa dingin keretanya . Setelah lama memandu akhirnya sampai dirumahnya , Melissa meletakkan kereta nya dihadapan rumahnya . Melissa mencari kunci rumahnya didalam beg tangan nya dan membuka pintu . Suasana sunyi kerana Sabrina sudah enak diulik mimpi . Dengan lemah dia mendaki anak tangga lalu dia teringat sesuatu yang berlaku pada hari semalam.

"hmm aku kena kahwin dengan orang yang aku tak cintai , agaknya susah tak hidup aku nanti , aku dah lah tiada pengalaman dalam bercinta ni . tup tup kena kahwin . apakah semua ni" Melissa membuka tudung dan baring di atas katil nya .

Lama dia termenung dan tiba-tiba terdengar bunyi telefon pintar nya . "siapa pula yang call aku malam-malam ni ?"

Dia memandang kearah screen telefon dan tiada nama di nombor itu . lalu dia membiarkan saja . malas mahu menjawap dan telefon itu pun berhenti berbunyi .

Sentiasa Ada UntukmuWhere stories live. Discover now