Bab 17

479 15 2
                                    




Melissa sedang berdiri dihadapan cermin besar didalam biliknya. Dia kelihatan anggun memakai baju blaus berwarna pastel , bersama kain skirt labuh dan tudung shawl warna sedondon di lilit kemas di kepala  lalu dia merenung wajahnya yang dioles sedikit fondation, blusher dan lip mate berwarna lembut sesuai dengan kulit wajahnya yang cerah kemerahan membuatkan dia kelihatan lebih manis.

Dia meletakkan tangan kanannya diatas dadanya yang berdengup kencang dan berkata sendiri. "Semuanya akan okay saja Mel kau boleh ikhlaskan hati kau Mel" dan dia menghembus nafas untuk meredakan rasa kegugupan didalam dirinya.

Tiba-tiba telefonnya berdering, Melissa dengan pantas mencapai telefonnya di atas katil . 'Si Galah' nama yang muncul di screen telefonnya dan Melissa menekan butang hijau . "assalamualaikum?"

"waalaikummusalam" suara garau Ridzwan "aku da ada kat depan rumah kau ni".

"ouh okay jap saya turun". Jawap Melissa sambil mengambil beg tangan nya. Melissa membuka pintu rumahnya dan melihat Ridzwan yang sedang berdiri bersandar di pintu keretanya kelihatan segak seperti selalu dgn kaca mata hitam dimuka. Ridzwan terpesona melihat melissa yang kelihatan manis daripada biasa dia memandang Melissa lama , membuatkan Melissa tersipu malu lalu menundukkan wajahnya.

"ehem" Ridzwan meredakan suasana cenggang "masuk la dalam kereta buat apa berdiri kat situ?"

Melissa memandang kearah Ridzwan yang sudah masuk ke dalam kereta 'dia yang duk tenung anak dara macam tak pernah nampak' Melissa bebel sendiri lalu menutup pintu pagar rumahnya dan masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keselamatan.

Ridzwan memecut laju membuatkan Melissa terdorong kebelakang sedikit "oh mak kau" terkeluar latahan Melissa dan membuat Ridzwan tersenyum menampakkan gigi nya yang tersusun rapi. 'Manis' itulah ayat yang terkeluar di minda Melissa.

"Apa pandang pandang?" tanya Ridzwan sambil mata melirik kearah Melissa yang tak lepas pandang dari muka Ridzwan.

"Mana ada saya pandang enciklah" merah muka Melissa kantoi skodeng muka anak orang.

"eleh ingat aku tak nampak ke?" Melissa pandang ke arah Ridzwan

"eleh encik pun sama ja tadi duk tenung saya macam tak pernah nampak anak dara" balas melissa dengan nada geram 'hmph dia pun sama kata orang'.

"Mana ada aku tengok kau, aku tengok pintu rumah kau la lawa juga eh mana kau beli ?" Ridzwan berloya buruk untuk mengubah topik

"malas saya nak layan encik."

Selepas itu mereka berdiam kan diri sejenak lalu Ridzwan memecahkan kesunyian "sampai bila kau nak ber-Encik dengan aku ?" sambil tangan menolak butang untuk memberi signal kekiri. "sampai bila-bila " jawap Melissa.

"habis tu nanti depan parents aku pun kau nak panggil aku Encik ke ?"

"iyalah takkan saya nak panggil encik , 'abang' pula ? Tak mahu lah saya geli "balas melissa sambil buat muka nk termuntah

"apasalahnya kita akan berkahwin juga so kau kena hormat aku right?" sambil melihat muka Melissa yang tiada perasaan. 'ouh nak geli kau tunggu sapa yang mengalah nanti'

Melissa dari jauh sudah perasan ada sebuah rumah banglo yang mewah di hadapannya lalu Ridzwan masuk ke dalam dan masuk ke tempat parking yang terdapat pelbagai jenis kereta import yang sangat lah menawan . Melissa melihat Ridzwan lalu dia melihat semula dirinya dan dia terasa kecil kerana dia hanyalah orang biasa sahaja.

Ridzwan melihat muka Melissa yang sudah resah "jom kita dah sampai" lalu membuka pintu.

"Erk em encik?" Melissa memandang Ridzwan

"kenapa, sakit perut ke? Tandas ada didalam jangan risau." Berloyar buruk lagi

"ish bukanlah, encik ni !" geram Melissa 'ish aku takut ni kau boleh berloyar buruk dengan aku'

"habis tu? Kau nak apa , muka macam nak terbuang air besar je aku tengok" balas Ridzwan

"takdelah bukan saya..." lalu Melissa memandang kearah depan ada ternampak susuk tubuh wanita yang keluar dari pintu rumah agam itu.

"eh dah sampai dah menantu mama , kenapa tak masuk masuk ni?" tanya Puan Sri Anita kepada anaknya.

"Mama" Ridzwan menghulurkan tangan untuk bersalam sambil tersenyum manis dan disambut mamanya. Melissa melihat gelagat anak dan ibu itu lalu dia keluar dari pintu kereta dan memberi senyuman manis kearah mama Ridzwan dan menghulurkan tangan untuk bersalam

"Apa khabar Puan Sri?" lalu tangan Melissa ditarik dan dipeluk oleh mama.

"tak payahlah kamu panggil mama, puan sri. Panggil saja mama macam iwan" sambil tersenyum manis.

"iya baiklah , mama" tangan Melissa masih tak dilepaskan lalu ditarik masuk kedalam rumah.

Ridzwan senyum dan hanya memerhati gelagat dua wanita dihadapannya dan mengikut dibelakang.





p/s : after many years saya baru nak update cerita ni saya nak minta maaf kepada semua yang membaca , disebabkan kekangan waktu saya tak sempat nak sambung menulis lagi tapi insya Allah saya cuba untuk sambung menulis cerita ini lagi ya selamat membaca ya !

Sentiasa Ada UntukmuWhere stories live. Discover now