Bab 53

68 2 0
                                        

Pagi itu di Wad Kenanga, suasana sunyi dan sepi. Matahari mula menjenguk ke bilik Sofia, menyinari sedikit ruang yang suram dengan sinar lembutnya. Namun, Sejak malam tadi, dia tidak dapat tidur. Fikirannya asyik melayang, memikirkan Emir. Mata yang sudah pedih kerana kurang tidur semakin terasa berat, tetapi fikiran yang sarat dengan persoalan menghalangnya daripada lena.

Sofia memandang siling, mendengar detik jarum jam yang bergerak perlahan. Setiap detik berlalu bagaikan tidak bergerak, seolah-olah masa enggan mengalir tanpa jawapan kepada persoalan yang bermain di benaknya.

Tiba-tiba, pintu bilik ditolak perlahan, dan seorang jururawat melangkah masuk dengan senyuman kecil di wajahnya. "Selamat pagi, Puan Sofia. Saya nak periksa keadaan puan dan cuci luka ya," katanya sambil mendekati katil Sofia.

Sofia hanya mengangguk lemah. Jururawat itu mula membuka balutan di leher Sofia dengan cermat. Luka kelar di leher Sofia memang tidak terlalu teruk, tetapi cukup untuk memberikan parut yang akan kekal di situ selamanya.

"Sakitkah, puan?" tanya jururawat itu, melihat Sofia sedikit mengerutkan dahi.

"Tak... cuma teringat sesuatu," jawab Sofia dengan senyuman yang cuba ditahan. Sebenarnya, yang lebih menyakitkan bukanlah luka di lehernya, tetapi luka di hatinya yang belum sembuh.

Jururawat itu mengangguk sambil menyelesaikan tugasnya. Setelah selesai, dia tersenyum sekali lagi dan berkata, "Baiklah, semuanya dah selesai. Puan rehatlah ya. Macam penat sangat puan hari ni,"

Sofia senyum. "Saya mengantuk. Tak dapat nak tidur malam tadi," sempat Sofia mengucapkan terima kasih sebelum jururawat itu meninggalkan bilik. Namun, hanya beberapa minit berlalu, pintu bilik sekali lagi diketuk, dan jururawat yang sama masuk semula, kali ini dengan sejambak bunga di tangan.

"Saya ada bunga untuk puan," kata jururawat itu, meletakkan sejambak bunga itu di meja sebelah katil Sofia.

Sofia memandang sejambak mawar merah segar yang diletakkan di situ. Pada masa yang sama, telefon pintarnya berbunyi—mesej daripada Emir.

Hari ni saya sibuk, tak dapat nak jenguk awak. Saya hantarkan bunga sebagai pengganti.

Sofia mengerling mawar merah hampir kering yang berada di meja sebelah katilnya, bunga yang dihantar Emir beberapa hari lepas ketika dia tidak dapat datang melawat. Dia tersenyum kecil sambil menaip balasan.

Bunga tak mengenyangkan, Emir.

Tidak lama kemudian, mesej balasan Emir masuk.

Kalau bunga tak mengenyangkan, apa yang boleh kenyangkan, ya?

Nasi lemak?

Sofia membaca sambil tertawa kecil, membayangkan wajah Emir yang mungkin sedang tersenyum membaca mesejnya. Tiba-tiba, Sofia menaip satu soalan yang sejak malam tadi berlegar-legar di benaknya.

Kenapa tiba-tiba nak ajak saya kahwin semula?

Sofia menunggu balasan, tetapi kali ini tiada mesej yang masuk. Sebaliknya, telefon pintarnya berdering.  Sofia segera menjawab panggilan itu. "Emir?"

Suara Emir kedengaran di seberang talian, lembut dan tenang. "Saya ada masa 10 minit saja, tapi rasanya soalan awak tu perlu dijawab dengan panggilan telefon,"

"Soal kahwin tu... bukannya tiba-tiba, Sofia. Saya dah lama fikirkan perkara ini. Cuma sebab awak tegas menolak sebelum ini, so I'm testing the waters by pretending to plan my wedding," sambung Emir.

Sofia berdecit. "To be honest, saya tak rasa apa-apa pun masa awak tengah buat persiapan kahwin?"

"Yakah? Habis tu kenapa masa kita bercuti kan valley tu awak marah setiap kali saya sebut nama Isha?" soal Emir sambil ketawa kecil di hujung talian. "Awak cemburukan?"

Tak kan Pernah Ada (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang