15

19 7 69
                                    

"Jadi kamu jumpa budak perempuan tu dekat pantai yang Izeara lemas tu?" Taeyong menganggukkan kepalanya tanda menjawab soalan dari ibunya.

"Pasti sesuatu yang buruk berlaku padanya. Kenapa tak pergi laporkan pada polis?"

"Tae takut budak perempuan tu tak setuju. Dia tuan badan, biarlah dia yang menentukan. Lagipun Tae dah tinggalkan nombor telefon Tae kalau dia nak minta tolong." Jinah mengeluh perlahan. Dia berasa kasihan setelah mendengar Taeyong menceritakan apa yang terjadi pada gadis itu.

"Mummy nak jumpa dengan dia, boleh?" Taeyong memandang ibunya. Pasti ibunya merindui Izeara.

"Boleh, pergilah mummy. Mana tahu bila mummy pergi, dia boleh ceritakan apa yang terjadi." Jinah mengangguk. Dia meninggalkan Taeyong yang sibuk membelek file kerana tidak mahu menganggu kerja anaknya.

"Bawa saya ke hospital." Arah Jinah pada pemandunya. Dia melihat permandangan luar sepanjang perjalanan. Setibanya dia di hospital, dia terus menuju ke wad yang diberitahu Taeyong.

"Jiera ya?" Jiera yang sedang melipat selimut memandang figura yang berada di hadapannya dengan pelik.

"Ya saya. Puan ni siapa ya?" Jinah senyum.

"Saya Im Jinah. Ibu kepada Taeyong. Saya dengar khabar awak dari anak saya. Jadi saya nak melawat awak." Jiera mengangguk faham.

"Terima kasih puan. Tak perlu pun puan bersusah payah untuk melawat saya." Jinah mengusap bahu Jiera.

"I'm so sorry for your lost. Saya hantarkan awak balik ya?" Jiera mengangguk.

"Terima kasih puan." Jiera mengikut Jinah menuju ke kereta.

"Awak ok ke? Lama juga awak duduk dekat hospital tu. Seminggu kan?"Jiera mengangguk.

"Emosi saya sedikit terganggu. Itu yang lama sikit ditahan. Maafkan saya sebab susahkan puan. Saya janji nanti saya bayar balik bil yang puan bayar tadi." Jinah menggeleng.

"Tak apa, anggap jela ini satu pertolongan yang ikhlas dari saya, Jiera."

"Tapi-"

"Tak ada alasan. Terima sahaja." Jiera berdiam diri. Dia tahu yang dia tidak akan menang jika terus menerus melawan. Jinah membuka telefon pintarnya dan melihat artikel.

"Jiera .." Jiera memandang Jinah yang melihat dirinya dengan pandangan yang sukar dijelaskan.

"Kenapa puan?" Jiera melihat artikel yang ditunjuk oleh Jinah. Artikel tentang kematiannya.

Pencarian selama 5 hari akhirnya merungkaikan misteri kematian seorang gadis yang hilang. Mangsa, Lee Jiera yang berusia 22 tahun ditemui mati di sebuah pantai berhampiran dengan Seoul. Pihak polis telah mengesahkan mayat yang telah mengembung itu merupakan milik mangsa.

"Kenapa .." Jiera terdiam. Pasti keluarga sedang bersedih sekarang. Dia masih lagi berdiam diri setelah tiba di hadapan rumah keluarganya. Rumah itu kelihatan kosong.

"Yunho, pergi tanya jiran sekitar sini. Mana keluarga Jiera pergi." Arah Jinah. Yunho, yang merupakan pemandu kepada Jinah terus keluar dan bertanya pada salah seorang jiran Jiera. Dia kembali ke kereta setelah selesai bertanya.

"Pemuda tadi cakap keluarga Jiera tengah mengada upacara pengebumian di rumah mayat dekat sini."

"Pergi ke sana." Yunho terus memandu menuju ke rumah mayat tersebut. Jiera menggigit bibirnya. Bagaimana polis boleh mengesahkan yang itu adalah mayatnya?

"Puan.. Puan ada selendang dan topeng muka?" Jinah terkejut apabila tiba-tiba mendengar permintaan dari Jiera.

"Ada, sekejap." Dia mengeluarkan satu selendang berwarna hitam dan satu topeng muka sebelum menghulurkan itu pada Jiera. Jiera segera mengambil selendang itu dan memakai topeng muka tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮Where stories live. Discover now