10

31 7 251
                                    

"Sibuk betul suami kamu tu Jiera. Baru je balik berbulan madu dah kena outstation pula." Jiera memandang Chaerin yang sedang memasak. Dia ingin membantu ibunya masak namun dihalang oleh ibunya. Dengan alasan mahu Jiera memakan air tangannya sepenuhnya.

"Nak buat macam mana omma. Nanti kalau papa dah letak jawatan, dia yang kena ganti papa. Lagilah dia sibuk."

"Yela Jiera. Asalkan adik ok. Haritu pergi klinik, doktor cakap apa?"

"Macam biasa. Entahlah omma. Macam nak berputus asa pun ada." Chaerin memandang ke arah anak perempuannya yang sedang termenung.

"Adik.. Masih terlalu awal untuk berputus asa. Adik masih muda lagi. Niki pun sama." Jiera mengeluh perlahan.

"Masih ada cara lain lagi. Kan sekarang zaman dah moden. Adik jangan sedih macam ni ok? Adik sedih pun buat emosi adik tak stabil nanti. Tu pun mempengaruhi juga." Jiera memandang ibunya sambil menahan tangisnya.

"Terima kasih omma. Terima kasih sebab masih lagi percayakan adik." Chaerin memeluk Jiera dan mengusap lembut belakang anaknya. Dia tahu anaknya tertekan bila memikirkan soal anak. Namun, apa yang dia mampu lakukan adalah menyokong anaknya dari segala segi.

"Omma tahu anak omma ni macam mana. Nanti adik mesti mengandung lagi. Kata-kata ibu ni satu doa juga tau." Chaerin meleraikan pelukan dan sambung masak.

Jiera melihat telefon pintarnya. Dia seperti ingin menelefon suaminya namun takut menganggu. Akhirnya, dia membatalkan hasratnya dan menunggu Niki menghubunginya bila suaminya mempunyai masa lapang.

"Adik tidur sini ke?"

"Ha'ah omma. Lusa baru adik balik. Niki pun izinkan."

"Baguslah kalau macamtu. Omma ada peneman."

"Omma, Mayra ada jumpa omma tak?" Chaerin memandang Jiera dan mengerutkan dahinya.

"Mayra? Bukan ke Mayra dekat Itali ke?" Jiera terdiam. Nampaknya Mayra masih belum bertemu dengan ibu bapanya.

"Mayra dah balik sini. Dia ada jumpa adik sebelum adik pergi Jepun haritu. Adik ingat dia dah jumpa omma dan appa." Chaerin menggelengkan kepalanya.

"Belum. Mayra ok ke? Sihat ke dia?" Tanya Chaerin dengan perasaan risau.

"Janganlah risau omma. Dia ok je. Dia dah ada syarikat sendiri sekarang. Haritu pun dia jumpa adik kejap je sebab sibuk dengan persiapan pembukaan salon dia." Chaerin tersenyum apabila mendengar khabar dari Jiera. Syukurlah Mayra baik-baik sahaja.

"Baguslah. Agaknya dia masih sibuk tu. Tak apa, nanti dia jumpalah kami tu. Lagipun mungkin dia tak tahu yang omma dan appa dah pindah ke Seoul."

"Eh betul jugak, adik lupa nak bagitahu dia haritu. Tak apa, nanti kalau kitaorang jumpa balik. Adik bawa Mayra ke sini."

"Yela, ni jom makan. Omma dah siap masak." Chaerin menghidang makanan kesukaan Jiera di atas meja. Jiera tersenyum manis dan segera mencicip makanan itu.

"Sedapnya! Masakan omma tak pernah tak sedap." Jiera makan dengan penuh selera. Chaerin mengusap lembut kepala Jiera.

"Makanlah banyak-banyak adik. Omma tengok adik ni pun makin kurus dah." Jiera mengangguk. Dia tidak keberatan untuk makan dengan banyak jika itu masakan ibunya.



☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮Where stories live. Discover now