03

82 20 361
                                    

"Bye Jiera!" Jiera melambaikan tangannya pada Haneul. Dia berjalan menuju ke perhentian bas. Hari ini dia mahu ke bandar sekejap. Ada beberapa barang yang perlu dia beli. Setibanya di bandar, dia terus membeli buku rujukan yang diperlunya.

"Hauslah pulak." Dia melihat sekeliling dan menuju ke kedai serbaneka. Dia berdiri di hadapan peti dan memilih minuman.

"Hey Sakura lama tak jumpa!"

"Chaewon!"

Jiera membiarkan sahaja dua wanita di sebelahnya berpelukan sambil memilih minuman.

"Lamanya tak jumpa. Kau nampak lain sekarang."

"Lain sangat ke? Biasa je ni."

"Ke kau dah berisi ni?"

"Doakan ya tau. Aku pun datang sini nak beli pregnancy test. Lately aku asyik tak sedap badan je. Nak makan pun tak lalu. Kena betul-betul kena dengan tekak aku."

Jiera yang mendengar perbualan wanita tersebut terdiam. Mendengarkan simptom yang dialami salah seorang wanita itu sama dengan apa yang dia alami sekarang itu cukup membuatkan dirinya mulai resah.

Jiera mengambil jus epal dan berjalan menuju ke kaunter. Dia berfikir sejenak sebelum bertanya.

"Akak. Kat sini ada pregnancy test tak?" Jiera cuba untuk tidak panik dalam bertanya.

"Untuk kakak saya. Dia kirim." jawabnya apabila penjaga kaunter itu mulai memandangnya dengan pandangan yang miris.

"Ada, awak nak yang mana?"

"Saya tak tahu akak. Akak bagi jela mana yang orang selalu beli."

"Ok. Dua je ni." Jiera mengangguk. Dia segera membayar barang tersebut dan keluar dari kedai itu. Dia sempat menyorokkan test kehamilan itu di dalam beg sekolahnya sebelum pulang ke rumah.


***

"Ha'ah macamtu. Kau kena akhirkan karangan kau dengan kesimpulan berdasarkan tajuk karangan kau tu." Asha memuncungkan bibirnya.

"Ala susahnya karangan ni. Aku kan manusia. Manalah aku boleh bayangkan yang aku ni sepasang kasut." Niki menjeling adik.

"Nama pun karangan bercerita. Kita mengarang cerita. Kau kena pandai-pandai berimaginasilah."

"Noona, kau ajarlah adik ni." tegur Niki apabila melihat Aria keluar dari biliknya.

"Malas aku nak ajar budak bengap tu. Asyik ajar benda sama je. Tak pandai-pandai." Asha menunduk apabila mendengar omongan Aria. Dia menggigit bibirnya sambil bermain dengan jarinya.

"Apa kau cakap gitu noona. Nak buat macam mana. Adik susah sikit nak faham." Niki mendekatkan Asha dengan dirinya dan memeluk adiknya itu.

"Kau sukalah bela budak tu. Mama pun marahlah dia. Budak baya dia semua dah maju. Dia ni level macam budak tadika lagi."

"Noona!"

"Dah aku malas nak ajar dia. Kau abang yang baik kan. Kau ajar." Aria menjeling tajam ke arah Niki dan Aria sebelum duduk di ruang tamu. Dia selamba menonton televisyen tanpa menghiraukan Niki dan Asha yang sedang belajar.

☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮Where stories live. Discover now