07

36 13 205
                                    

"Saya nak ubah semua design, can I ?" Karina menggaru kepala apabila mendengar permintaan Mayra.

"Tapi cik sendiri yang nak—" Belum sempat Karina menyudahkan ayatnya, Mayra terlebih dahulu memintasnya.

"Tak boleh ke? Bila tengok depan-depan saya rasa tak puas hati pula."

"Boleh cik. Nanti saya panggil orang tu balik." Mayra menggelengkan kepalanya. Dia menghulurkan satu kad nama pada Karina.

"Saya nak syarikat ni uruskan pembinaan pejabat kita kalini." Karina mengambil kad tersebut dan membaca nama syarikat tersebut.

"Nish Construction?"

"Ya. Saya dengar syarikat ni antara syarikat yang terbaik di Korea. Jadi saya tak nak lepaskan peluang untuk berkerjasama dengan satu syarikat yang bagus."

"Baiklah Cik Mayra. Nanti saya akan uruskan." Karina meminta dirinya dan mula membuat kerja seperti yang diarahkan Mayra. Mayra tersenyum puas.

"Kita akan berjumpa lagi, Nishimura Riki."



***

"Keadaan Puan Jiera baik-baik sahaja. Tidak ada apa yang perlu puan risaukan." Jiera menghela nafas lega setelah mendengar khabar dari doktor.

"Puan boleh cuba ikut kalendar yang telah saya beri. Cuba untuk bersama dengan suami puan ketika waktu telur puan matang. Dengan cara ini, puan mungkin akan dapat khabar gembira secepat mungkin."

"Baiklah, terima kasih doktor." Jiera menunduk hormat pada doktor sebelum keluar dari bilik pemeriksaan. Jiera duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu namanya dipanggil untuk mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor.

Dia melihat sepasang suami isteri sedang menunggu giliran untuk diperiksa. Matanya tertumpu ke arah perut sang isteri yang sudah membesar. Dia senyum tipis. Dia pernah rasai momen itu suatu ketika dahulu.

Jiera mengusap perutnya dengan lembut. Sungguh dia merindui untuk merasakan satu degupan jantung berada di dalam rahimnya. Sudah empat tahun dia cuba untuk mengandung balik, namun semua cubaannya gagal.

"Lee Jiera." Lamunan Jiera terhenti apabila mendengar namanya dipanggil oleh jururawat. Dia mengambil vitamin dan terus berlalu pergi dari klinik tersebut. Dia terus balik ke rumah memandangkan masa banyak kerja yang perlu dia selesaikan.

"Lama betul kau pergi klinik." Sandara menegur menantunya sebaik sahaja melihat Jiera masuk ke dalam rumah.

"Tadi ramai orang kat klinik, tu yang lama sikit." Sandara gelak sinis.

"Tah-tah doktor pun dah malas nak layan kau. Aku rasa kau dah tak boleh mengandunglah Jiera. Macam sia-sia je usaha kau ni." Jiera mengepal penumbuknya dan memandang Sandara.

"Kalau bukan sebab mama. Anak Jiera masih hidup!" Sandara memandang Jiera lalu menampar Jiera.

"Berani kau ungkit. Kau nak keluarga kau dalam bahaya ke hah?!" Sandara menarik rambut Jiera dan melempar Jiera ke lantai.

"Sekali lagi kau ungkit, abang kesayangan kau tu dalam kesusahan. Faham!" Jiera menahan airmatanya. Dia tahu Sandara akan buat seperti yang dia katakan. Dia memandang ke arah lain.

"Faham tak perempuan?!" Baru sahaja Sandara ingin memukul Jiera, bunyi loceng kedengaran.

"Siapa pula datang. Jiera kau pergi buka pintu." Jiera meletakkan vitaminnya di atas meja dan membuka pintu. Matanya membutang apabila melihat figura yang berada di pintu.

☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮Where stories live. Discover now