05

44 13 221
                                    

"JIERAAA!!" Jiera bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Dia melihat ibu mentuanya sedang berpeluk tubuh sambil merenung ke arah dirinya dengan tatapan yang tajam.

"Kenapa mama?" Jiera menunduk kerana berasa takut.

"Aku nak kau bersihkan ruang tamu ni. Berhabuk teruk! Lepastu masak untuk lunch. Aku nak keluar kejap." Jiera mengangguk dan terus mengambil vakum di dalam stor. Setelah melihat Jiera mulai mengemas rumah, Sandara terus mengambil beg tangannya dan keluar dari rumah.

Seusai sahaja selesai mengemas, Jiera terus menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk untuk melihat bahan yang ada.

"Aku nak masak apa ya. Lupa pula nak tanya mama nak makan apa tadi." Jiera mengeluarkan ayam. Dia melihat bahan yang terdapat di dalam peti sejuk.

"Tak apa. Aku masak jela apa-apa yang macam bandar sikit." Jiera mengerling ke arah jam di dinding. Dia perlu memasak dengan segera sebelum ibu mentuanya pulang ke rumah.

***

"Sandara, I dengar anak lelaki you dah kahwin. Betul ke?" Sandara menayangkan senyuman palsu apabila ditanya soalan itu.

"Ya, dia dah berkahwin tapi I tak buatlah majlis untuk dia."

"But why? Dia satu-satunya anak lelaki you tau. Pewaris Nish Construction."

"Minzy, I bukan apa. Dorang tu masih muda. Nantilah bila dah sampai masa yang sesuai, I buat majlis untuk dorang."

"Ke you malu sebab menantu you bukan seperti yang you harapkan?" sindir Minzy. Sandara terus menjeling Minzy.

"Kalau you, you rela ke menantukan budak kampung yang tak tahu apa-apa? Dah la gaya pun menyedihkan. Ntah apa yang anak I nampak kat dia. Patutnya menantu I seorang yang ada kelas, boleh banggakan I. Ni, I nak kenalkan sebagai menantu pun I tak sudilah." ujar Sandara dengan geram. Minzy tertawa kecil apabila melihat wajah merah Sandara. Sudah pasti sahabatnya ini menahan amarah sejak awal.

"Sabarlah you. You kan ada 2 lagi anak. Anak you yang lain tu. Cepat-cepatlah jodohkan dengan anak Tuan Lee ke anak Tuan Park ke or anyone yang setaraf dengan keluarga you."

"Aria. Hanya Aria harapan I sekarang ni. Nanti I nak kenalkan Aria dengan anak Tuan Park."

"Anak bongsu you macam mana?" Sandara mengeluh.

"Dia masih kecil. Biarkan dulu." Sandara meminum minuman yang dipesannya. Mahu atau tidak, Aria harus menerima jodoh yang ditetapkan nanti. Cukup Niki sahaja yang memalukannya dengan berkahwin dengan perempuan kampung itu.

"Sandara, I balik dulu ya. Next time kita hang out lagi." Minzy meminta diri. Sandara mengangguk dan membiarkan Minzy meninggalkan dirinya.

"Malas betul nak balik menghadap muka budak tu. Buat semak je!" Sandara menghabiskan minumannya dan melangkah ke keretanya. Dia memandu pulang ke rumahnya dengan perasaan malas.

Setibanya dia di rumah, dia melihat menantunya menghidangkan makanan di atas meja. Langkahnya terhenti setelah mendengar dirinya dipanggil.

"Mama.. Jiera dah siap masak." Sandara melihat makanan yang disediakan lalu melontarkan satu senyuman yang sinis.

"Kau fikir aku berselera ke nak makan apa yang kau masak tu? Anak-anak aku balik lewat harini. Aku nak kau habiskan semua makanan tu memandangkan tak ada sesiapa yang akan makan."

☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮Where stories live. Discover now