"Niki.. Harini awak sibuk ke?" Jiera memandang suaminya yang sedang bersiap untuk ke pejabat.
"Kenapa? Awak ada nak pergi mana-mana ke?" Tanya Niki.
"Saya nak pergi klinik. Harini appointment dengan doktor. Harini mungkin bas penuh sebab cuti umum."
"Boleh. Nanti nak pergi awak telefonlah saya. Saya pergi dulu, papa dah tunggu kat bawah tu." Niki mengambil beg kerjanya dan terus turun ke bawah. Jiera kembali merebahkan dirinya ke atas katil.
"Rehatlah kejap sementara tak ada orang dekat rumah pagi ni." Jiera melelapkan matanya untuk seketika. Jiera terjaga apabila mendengar bunyi penggera. Dia bingkas bangun dan membersihkan dirinya memandangkan temu janjinya pada 2 petang.
Jiera bersiap dan mengambil telefonnya. Dia menghubungi nombor Niki.
"Hello awak-"
"Kau nak apa telefon kekasih aku ni? Dia tak ada, sibuk."
Jiera mengeluh apabila menyedari Mayra yang menjawab panggilan tersebut.
"Suami saya dah janji nak hantarkan saya ke klinik. Awak tak ada hak nak menidakkan tugas dia terhadap saya."
"Dia tengah lunch dengan aku. Aku tak suka orang kacau masa aku dengan kekasih aku. Kau dah besarkan? Pergilah sendiri. Bukannya kudung pun!"
Jiera mengetap bibirnya apabila Mayra memutuskan panggilan tersebut. Dia cuba untuk menghubungi Niki lagi namun panggilan tidak berjawab.
"Dah lambat ni. Haish!" Jiera keluar dan pergi ke hentian bas. Dia menahan teksi dan pergi ke klinik keseorangan.
"Eh saya ingat Puan Jiera tak datang harini." Tegur pekerja klinik apabila melihat dirinya masuk dalam keadaan tergesa-gesa.
"Saya datang, cuma susah sikit nak datang transport harini. Doktor Choi sibuk ke?"
"Tak pun Puan Jiera, masuklah, tak ada pesakit pun kat dalam bilik Doktor Choi." Jiera mengangguk. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik doktor.
"Masuklah Puan Jiera." Doktor yang bernama Sooyoung itu tersenyum memandang Jiera. Setelah bertanya khabar, Jiera baring di katil yang disediakan untuk memeriksa keadaan rahimnya.
"Puan Jiera." Jiera memandang ke arah Sooyoung.
"Kenapa doktor?"
"Ada janin di dalam rahim puan. Puan mengandung." Kata Sooyoung sambil tersenyum. Jiera membulatkan matanya dan turut melihat mesin ultrasound itu. Benar, ada satu ketulan yang sedang membesar sedang hidup di dalam rahimnya.
"Tahniah Puan Jiera." Jiera masih lagi tidak mempercayai khabar itu. Dia bingkas bangun setelah Sooyoung selesai membuat pemeriksaan.
"Kalau diikutkan, kandungan puan baru saja masuk 7 minggu. Masih awal lagi, puan perlu rehat secukupnya. Tak boleh terlalu stres." Jiera mendengar pesan doktor dan menganggukkan kepalanya. Dia mengambil gambar ultrasound kandungannya dari Sooyoung dan menyimpan gambar tersebut di dalam begnya.
Jiera mengusap perutnya sepanjang berjalan. Tidak tahu mahu senang atau sedih. Tambahan pula dirinya mengandung pada saat yang sulit buat dirinya.
YOU ARE READING
☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮
RomancePerkahwinan yang manis bertukar menjadi pahit. Dugaan demi dugaan menimpa. "Maaf sayang. Syurgamu kini sudah bertukar jadi neraka" - Nishimura Riki "Kau akan dapat balasan atas segala perbuatan kau" - Lee Jiera Start: 07/09/2024 End: ??????? most im...