01

91 16 248
                                    

"Dah berapa kali appa pergi kutip kau ni Lee Jeno? Cita-cita kau memang nak jadi gangster ke?!" Jiyong merenung anak lelakinya yang dari tadi membuat muka yang tidak bersalah.

Minggu ini sahaja sudah tiga kali dia mengambil Jeno di rumah ketua kampung. Kesemuanya disebabkan kes gaduh. Untunglah tak melibatkan pihak polis.

"Dia yang kurang ajar appa. Dia cakap nak mengorat Mayra dengan Jiera. Mana boleh pelesit kampung cam dia tu mengorat adik-adik Jeno!" Jeno mempertahankan dirinya. Jiyong mengerutkan dahinya. Siapa pula pelesit kampung?

"Siapa pelesit kampung yang kau maksudkan ni Jeno?"

"Siapa lagi kalau bukan si Haechan, anak ketua kampung tu appa. Dia tu dari dulu nak usyar adik Jeno." Jiyong menarik nafasnya dalam-dalam.

"Habistu kau belasah dia disebabkan tu je?"

"Yela appa. Dah la kurang ajar cakap muka Jeno tak siap. Muka dia lagi buruklah!"

"Lee Jeno.. Sudahlah. Kau ni dah 21 tahun tau, perangai suka gaduh cam budak-budak." tegur Chaerin. Jeno menggaru kepalanya sambil membuat muka bosan. Memang ibubapa dia tak akan menyebelahi dia.

"Dah la. Appa dengan omma memang selalu menangkan orang luar." Jeno masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu biliknya.

"Awak tengoklah anak lelaki awak tu, Chaerin. Tak habis-habis nak tunjuk samseng. Malu muka saya ni setiap kali pergi kutip dia kat rumah ketua kampung tu." Jiyong mulai berleter. Chaerin hanya berdiam diri. Jika dia bersuara, keadaan akan bertambah panas. Lebih baik dia diam dan cuba menasihati anaknya nanti.

"Ha Mayra, kamu baru balik?" tegur Jiyong apabila melihat Mayra berdiri di hadapan pintu rumah.

"Ya appa. Salon baru tutup. Harini agak ramai pelanggan jadi tutup lambat sikit."

"Masuklah Mayra, buat apa berdiri kat situ. Pergilah masuk berehat, esok kamu sekolah pula." Mayra mengangguk dan masuk ke dalam rumah. Dia menunduk hormat pada Jiyong dan Chaerin sebelum masuk ke dalam biliknya bersama Jiera.

"Study ke tu?" tegur Mayra setelah melihat Jiera tekun menulis.

"Eh Mayra. Haah bosanlah awak tak ada. Jadi saya study lah." Jiera segera menutup bukunya dan memandang Mayra yang sedang menyalin jadual untuk esok.

"Awak tak nak berhenti kerja ke? Saya kesian tengok awak."

"Kesian dengan saya? Kenapa nak kesian dengan saya?" Jiera menggigit bibirnya.

"Yela, siang awak sekolah, petang awak kerja sampai malam. Mesti awak letih." Mayra hanya tersenyum.

"Nak buat macam mana. Saya memang kena hadap. Saya tak boleh nak harapkan duit appa je." jawab Mayra sebelum mengambil tualanya dan pergi membersihkan dirinya.

Jiera mengeluh perlahan. Khawatir jika niat dia disalahertikan oleh Mayra. Dia benar-benar kesian dengan Mayra. Bukan tujuannya untuk mengejek atau memperli Mayra.

Jiera menggigit jarinya perlahan dan menyimpan buku di dalam beg sekolahnya. Dia menunggu Mayra sambil melihat pemandangan luar.

Mayra yang sudahpun selesai membersihkan dirinya masuk ke dalam bilik. Dia menyidai tuala dan baring di atas katilnya.

"Mayra. Awak terasa dengan saya ke?" Mayra memandang Jiera yang sedang melihat dirinya.

"Buat apa nak terasa? Awak tak ada buat apa-apa pun. Saya nak tidurlah. Esok kena bangun awal." Mayra memejamkan matanya.

"Ok, selamat malam Mayra." Jiera menutup tingkap sebelum menutup lampu bilik mereka. Dia merebahkan dirinya ke katil dan melelapkan matanya.

Apabila menyedari Jiera sudah tidur, Mayra perlahan-lahan bangun dan menuju ke arah beg sekolah Jiera. Dia mengeluarkan buku matematik milik Jiera dan meletakkan buku tersebut di longgokan buku yang lain.

☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮Where stories live. Discover now