11

30 6 263
                                    

"Ish lepaslah!!" Mayra meretap tangannya dari pegangan Jeno. Jeno menatap wajah Mayra dengan ekspresi yang serius.

"Kenapa tak bagitahu abang yang Niki buat benda tak elok pada Mayra? Sebabtu Mayra beria nak lari ke Itali dulu?" Mayra mengetap bibirnya. Jeno menggenggam tangan Mayra dengan erat.

"Kalau Niki tak bertanggungjawab, tak apa. Abang akan bertanggungjawab." Mayra memandang Jeno dengan tatapan yang menyampah.

"No. Aku ni kekasih Niki. Walau apapun yang terjadi, aku akan berkahwin dengan Niki."

"Tapi Niki tu suami Jiera!"

"I don't care. He's mine. Forever mine ! Kau ingat aku ni nak kahwin ke dengan kau? Dari dulu sampai sekarang tak berubah." Mayra menolak Jeno jauh dari dirinya.

"Kau cermin diri kau tu. Kau tu ada apa je? Kerja pun ala kadar je. Nak kata berpelajaran? Sekolah pun malas! Kau jangan mimpi aku nak dengan lelaki yang bodoh, selekeh, miskin macam kau ni!" Tengking Mayra sambil terus menerus menghina Jeno. Jeno menatap Mayra dengan pandangan yang tidak percaya. Dia bagaikan tidak mengenali Mayra ketika itu. Jauh dengan Mayra yang dia kenal dulu.

"Kau faham tak apa? Sampai aku mati pun, aku tak akan kahwin dengan kau la. Kau jangan nak bermimpi nak dapatkan aku. Aku dari dulu bencikan kau!" Mayra meninggalkan Jeno dan kembali masuk ke dalam restoren. Jeno membeku setelah dihina oleh gadis yang dia cintai itu.

"Mayra.." Jeno menahan sakit di dadanya. Sungguh, dia terkejut dengan apa yang terjadi. Jeno melihat ibu bapanya keluar dari restoren.

"Mana Jiera?" Tanya Jiyong.

"Jeno tak tahu.. Tadi pun Jeno cakap dengan Mayra-"

"Sudah. Kita balik jela dulu." Chaerin memegang kepalanya yang berasa sakit. Jeno membawa Jiyong dan Chaerin pulang.



***


"Explain this Niki !" Mr Nishimura memandang tajam ke arah Niki. Niki melihat Minki yang sedang memandangnya dengan riak wajah yang keliru.

"Mama!!" Minki berlari memeluk kaki Mayra apabila melihat kelibat ibunya.

"Betul ke kau ada hubungan dengan anak aku?" Tanya Sandara sebaik sahaja melihat Mayra kembali ke ruangan itu.

"Betul aunty. Saya dan Niki memang ada hubungan." Niki berdehem, mengisyaratkan Mayra untuk diam.

"Papa, dulu Niki khilaf bersama Mayra. Niki tak tahu pun yang Mayra mengandung sampailah dia balik ke sini dan beritahu kita tadi. Pasal hubungan, betul. Niki memang ada hubungan dengan Mayra sekarang." Niki menunduk apabila melihat wajah marah ayahnya.

"Berapa umur anak kamu ni Mayra?"

"4 tahun, uncle." Mr Nishimura mengeluh sebelum menuju ke arah Niki. Dia menampar anaknya dengan sekuat hatinya.

"You ! Janganlah nak tampar anak kita!" Marah Sandara.

"Habistu, kau nak biarkan budak ni? Kalau anak dia dengan Jiera masih hidup, dah sebaya dengan budak ni juga. Berapa banyak perempuan yang kau ada ni Nishimura Riki?!" Mr Nishimura sekali lagi menampar Niki. Anak lelakinya benar-benar mencabar kesabarannya pada malam ini.

☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮Where stories live. Discover now