Hubungan Jiera dan Niki semakin bertambah erat setelah beberapa hari mereka berkawan. Mereka banyak meluangkan masa bersama di sekolah mahupun di luar sekolah.
"Jiera, awak nak tak jalan-jalan dengan saya harini?" Jiera memandang Niki sambil mengerutkan dahinya.
"Pergi mana?"
"Pergi bandar kejap. Bosanlah asyik duduk dekat sini je." Jiera menggelengkan kepalanya.
"Tak apalah. Saya tak pernah ke bandar selain dengan keluarga saya."
"Tapi sayakan kawan awak. Awak tak sudi ke?" Niki memeluk tubuhnya sambil memandang ke arah Jiera. Jiera menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Bukan macamtu, saya cuma tak terbiasa kalau pergi mana-mana dengan kawan."
"Jadi awak tak percayakan sayalah?"
"Niki janganlah salah faham. Baiklah, saya ikut awak tapi kita tak boleh balik lambat sangat." Niki tersenyum gembira apabila Jiera bersetuju untuk keluar dengannya.
"Yela, buat apa lama-lama. Kejap je." Jiera mengangguk.
"Ok jomlah sekarang. Saya nak balik sini sebelum malam."
"Boleh. Kan saya dah cakap sekejap je. Jom." Niki berjalan ke kereta bersama Jiera. Dia membuka pintu kereta buat Jiera. Setelah Jiera telah selamat masuk, Niki bergerak ke seat pemandu dan memandu menuju ke bandar yang berdekatan dengan kampung itu.
"Dah lama saya tak ke bandar. Kali terakhir tahun lepas masa beli barang sekolah." Niki mengangkat keningnya. Bagaikan tidak percaya dengan omongan Jiera.
"Seriuslah? Tak bosan pula awak terperap je kat kampung ni."
"Saya dah biasa dengan suasana kampung. Jadi tak bosan pun." Niki mengangguk faham setelah mendengar penjelasan dari Jiera.
"Ok dah sampai. Jom kita minum dulu." Niki keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam itu. Jiera mengikut Niki masuk ke dalam kedai tersebut. Dia membelek beberapa bungkusan makanan ringan yang menarik minatnya.
"Ambil jela awak nak apa. Saya belanja." Niki mengambil makanan ringan yang dipegang oleh Jiera dan memasukkannya ke dalam bakul.
"Eh, janganlah macam ni. Seganlah saya." Jiera hendak meletak semula makanan tersebut di atas rak namun dihalang oleh Niki.
"Bukannya mahal pun." Niki mengambil beberapa jenis makanan lagi. Jiera senyum canggung dan membiarkan sahaja Niki.
"Awak nak air apa?"
"Apa-apa je." Niki berjalan ke arah peti sejuk dan mengambil beberapa tin minuman. Setelah selesai bayar, mereka menuju ke tasik yang berdekatan dan mulai makan sambil berborak.
"Jadi awak dua beradik jela?" Jiera mengangguk sambil makan sandwich.
"Tapi Mayra pun adik saya."
"Macam mana Mayra boleh jadi adik awak?"
"Keluarga dia tewas dalam kebakaran 7 tahun lepas. Dia je yang selamat. Disebabkan tu, omma dan appa saya bersetuju untuk ambil dia jadi anak angkat. Tapi bila ada Mayra, seronok. Saya ada peneman. Awak ada berapa orang adik beradik?"
YOU ARE READING
☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮
RomancePerkahwinan yang manis bertukar menjadi pahit. Dugaan demi dugaan menimpa. "Maaf sayang. Syurgamu kini sudah bertukar jadi neraka" - Nishimura Riki "Kau akan dapat balasan atas segala perbuatan kau" - Lee Jiera Start: 07/09/2024 End: ??????? most im...