- 5 years later -
"Harini awak balik pukul berapa?" Jiera membetulkan tali leher Niki. Niki sempat mengucup dahi Jiera sebelum merenung isterinya.
"Awak? Saya tanya ni. Kenapa awak pergi tenung saya pula?" Jiera mencubit perlahan pipi suaminya.
"Saja nak tenung muka isteri saya sebelum pergi kerja. Harini ada meeting so saya tak balik lunch. Awak masak dinner jela nanti. Papa pun join meeting tu sekali."
"Tak apa. Saya masak untuk mama dengan Asha la. Mesti dorang makan kat rumah." Niki mengangguk. Dia mengambil beg laptopnya dan mencium bibir Jiera sekilas.
"Saya pergi dulu."
"Ok, hati-hati awak." Jiera menghantar Niki sehingga ke muka pintu. Dia kembali menutup pintu setelah Niki pergi ke kerja.
"Kakak Jiera!" Asha memeluk Jiera dari belakang. Jiera membiarkan sahaja adik iparnya itu.
"Asha lapar? Kak Jiera dah masak sarapan. Mesti Asha suka apa yang Kak Jiera masak ni." Jiera memimpin Asha ke meja makan.
"Asha suka? Kak Jiera masak nasi goreng daging ke?" Jiera mengangguk. Asha segera memeluk Jiera dengan erat sambil tersenyum gembira.
"Yeayyy terima kasih Kak Jiera." Jiera mendudukkan Asha di meja makan dan mencedok nasi goreng ke pinggan Asha.
"Makan banyak-banyak tahu. Biar makin comel." Jiera mengusap rambut Asha sambil melihat Asha makan dengan begitu lahap.
"Hati-hati. Makanan tu tak lari pun sayang." Tegurnya apabila Asha semakin lahap.
"Kak Jiera masak sedap gila! Asha suka!!" Jiera senyum. Dia bersyukur mempunyai teman seperti Asha. Ashalah penghibur hatinya ketika ini.
"Kak Jiera nanti Asha nak pergi kolej tau. Kat kolej tu seronok. Tapi Asha tak ramai kawan lah." Asha mencebik.
"Tak apalah. Buat apa ramai kawan tapi bila saat kita memerlukan, dorang tak ada. Kawan sejati ni ada sikit je tau." Asha mendengar sambil mengebilkan matanya.
"Ermm ok Kak Jiera. Kak Jiera pun kawan Asha. Kak Jiera kawan sejati Asha." Jiera tergelak dengan keletah Asha.
"Ya, Asha pun kawan sejati Kak Jiera. Kita kan bestfriend forever." Asha segera mengangguk dengan laju.
"Betul! Asha nak bawa bekal boleh? Sedap sangat Kak Jiera masak ni."
"Kejap Kak Jiera bungkuskan. Asha makan dulu." Jiera bingkas bangun dan mengambil bekas untuk membekalkan nasi goreng untuk Asha. Setelah selesai dia kembali pada Asha dan memberi beg kertas yang berisi nasi goreng pada Asha.
"Yeayy terima kasih. Asha pergi dulu tau Kak Jiera. Bye!" Asha sempat mencium pipi Jiera sebelum berlari keluar ke pemandunya. Jiera menggelengkan kepalanya.
"Budak Asha ni tak pernah tak comel." Jiera mula mengemas meja makan. Ketika dia mengemas, dia terdengar bunyi notifikasi dari telefonnya. Ternyata abangnya yang menelefonnya.
"Hello abang. Kenapa call adik pagi-pagi ni?"
"Adik. Adik tahu tak Mayra balik harini? Jom kita jemput dia kat airport."
YOU ARE READING
☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮
RomancePerkahwinan yang manis bertukar menjadi pahit. Dugaan demi dugaan menimpa. "Maaf sayang. Syurgamu kini sudah bertukar jadi neraka" - Nishimura Riki "Kau akan dapat balasan atas segala perbuatan kau" - Lee Jiera Start: 07/09/2024 End: ??????? most im...