Niki bingkas bangun setelah melihat Mayra telahpun tidur. Dia perlahan-lahan keluar dari bilik Mayra dan masuk ke dalam biliknya bersama Jiera.
"Lewatnya awak balik, pukul 4 pagi baru balik." Langkah Niki terhenti apabila mendengar suara Jiera menegurnya.
"Kan saya dah cakap, saya balik lewat. Dah la awal pagi ni susah nak dapat teksi." Jiera mengeluh perlahan.
"Maaflah kalau apa saya cakap ni akan menyinggung hati awak. Tapi awak erti awak bawa saya ke sini kalau masih dengan kerja awak? Awak selalu tinggalkan saya." Niki terdiam. Dia memandang isterinya yang sedang menatapnya dengan pandangan yang kecewa. Dia menghela nafasnya dan memeluk Jiera dengan erat.
"Saya minta maaf. Saya janji, tadi tu kerja terakhir dekat sini. Lepasni kita luangkan masa sampailah hari terakhir kita ada kat sini ok?" Jiera menolak Niki dengan perlahan.
"Sayang, awak janganlah macam ni." Jiera mengabaikan Niki dan duduk di atas katil. Dia segera tidak tidur untuk melihat pukul berapa suaminya itu akan pulang.
"Awak tidurlah. Mesti penatkan baru balik." Niki menghampiri Jiera dan mencium isterinya.
"Tak, saya nak awak." Niki perlahan-lahan membuka butang baju Jiera. Jiera menahan tangan Niki.
"Tak payah. Awakkan sibuk." Niki mengetap bibirnya.
"Ya, saya tahu awak marah. Saya minta maaf. Maafkan saya ok sayang?" Niki mencium isterinya sekali lagi. Jiera membiarkan sahaja perbuatan Niki. Dia berpaling ke arah lain.
Niki memandang isterinya yang kelihatan kesal dengannya. Dia menyambung perbuatannya yang tergendala.
***
Jiera terjaga setelah melihat keadaan di luar sudah cerah. Dia melihat suaminya yang sedang tidur sambil memeluknya dengan erat. Dia perlahan-lahan bangun dan mengutip pakaian di lantai sebelum membersihkan dirinya.
"Awal awak bangun sayang." Tegur Niki setelah melihat Jiera keluar dari tandas.
"Hmmm." Niki bangun dan memeluk Jiera yang sedang mengeringkan rambut.
"Awak marah lagi ke? Janganlah macam ni sayang. Sedihlah saya kalau isteri saya layan saya macam ni." Niki mencium leher Jiera dengan lembut. Jiera menyidai tualanya.
"Awak pergilah mandi sana."
"Tak nak kalau awak tak cium saya." Jiera menjeling Niki sebelum mengucup bibir suaminya sekilas.
"Mandi sana." Jiera mengemas katil mereka. Dia membiarkan Niki menuju ke tandas untuk mandi. Dia mendengar deringan dari telefon Niki. Baru sahaja dia hendak menjawab, panggilan tersebut telah berhenti berdering.
"M.. Eh lah, tak sempat nak jawab." Jiera mengambil telefon Niki. Dia mengerutkan keningnya apabila melihat telefon suaminya terkunci.
"Sejak bila dia buat password ni? Ke aku yang lama tak main telefon dia ni?" Jiera meletak telefon suaminya di atas meja. Dia memandang ke arah tandas.
Niki melihat isterinya memandangnya sebaik sahaja dia keluar dari tandas. Dia mengangkat keningnya.
"Kenapa pandang saya macam tu?"
YOU ARE READING
☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮
RomancePerkahwinan yang manis bertukar menjadi pahit. Dugaan demi dugaan menimpa. "Maaf sayang. Syurgamu kini sudah bertukar jadi neraka" - Nishimura Riki "Kau akan dapat balasan atas segala perbuatan kau" - Lee Jiera Start: 07/09/2024 End: ??????? most im...