Jiera mencelikkan matanya apabila merasakan seseorang merangkul pinggangnya. Dia berpaling ke belakang dan melihat Niki yang sedang tidur sambil memeluk dirinya. Dia melihat jam di dinding, sudah pukul 4 pagi.
Dia mengusap rambut Niki. Rambut suaminya masih basah. Pasti suaminya baru pulang. Dia memeluk Niki dengan erat sebelum memejamkan matanya kembali.
Jiera kembali tersedar tiga jam kemudian, dia bingkas bangun dan membersihkan dirinya sebelum turun ke dapur. Ketika dia asyik memakai baju, dia berasa seseorang memeluknya dari belakang.
"Morning sayang." Niki mengucup pipi Jiera dan memeluk isterinya dengan erat.
"Morning awak. Awalnya awak bangun, semalam balik pukul berapa?" Jiera berpaling ke belakang untuk melihat wajah suaminya. Niki memandang Jiera lalu mengucup bibir isterinya.
"Pukul 3. Banyak kerja sangat semalam. Lagipun saya kena settlekan semua kerja saya sebab nanti saya cuti seminggu." Jiera mengerutkan dahinya. Kenapa pula suaminya hendak bercuti? Seminggu pula tu.
"Saya nak spend time dengan awak, sayang. Esok kita akan pergi ke Hokkaido, berbulan madu sekali lagi." Jiera memandang Niki dengan tatapan yang tidak percaya.
"Awak serius ke? Tak susahkan awak ke?"
"Apa yang susah? Awak kan isterinya. Awak kemas-kemaslah nanti ok? Esok pagi kita dah gerak." Jiera mengangguk.
"Saya nak pergi buat sarapan dulu." Jiera meleraikan pelukan mereka dan terus menuju ke dapur.
Setelah Jiera ke dapur, Niki kembali baring di katil. Masih awal untuk dia bersiap ke pejabat. Dia mengambil telefonnya dan menghantar pesanan pada seseorang.
Mayra
You. Harini kita lunch sama-sama tau. I pergi dekat office you.
It's okay, I'll go to your office. See you soon.
Wait, you're missing something.
Fine.
See you soon, baby.
Alright babe ❤
Niki meletakkan telefonnya di meja. Dia bangun untuk bersiap untuk ke pejabat.
***
Niki dan Jiera berjalan berpegangan tangan setelah tiba di lapangan terbang Hokkaido. Mereka terus mengambil teksi dan pergi ke hotel yang telah ditempah.
"Awak rehatlah dulu sayang. Petang nanti kita pergi jalan-jalan." Kata Niki setelah mereka masuk ke dalam bilik hotel mereka.
"Saya kemaskan baju dulu. Lepastu baru rehat." Jiera mengambil bagasi dari Niki dan menyusun pakaian mereka bagi memudahkan untuk mencari. Niki melihat telefonnya dan memandang Jiera.
"Saya keluar kejap tau. Ada urusan." Jiera mengangguk dan membiarkan sahaja Niki pergi.
Niki segera keluar dari bilik hotel mereka. Dia mengeluarkan kad akses yang lain dari poketnya dan masuk ke dalam bilik sebelah.
"Babe! Lama tau I tunggu you." Mayra memeluk Niki setelah lelaki itu masuk ke dalam biliknya.
"Sorry. Baru sampai tadi." Mayra menjeling Niki kemudian memeluk tubuhnya.
YOU ARE READING
☾︎𝐎𝐆☽︎ 𝓪 𝔀𝓲𝓯𝓮'𝓼 𝓻𝓮𝓿𝓮𝓷𝓰𝓮
RomancePerkahwinan yang manis bertukar menjadi pahit. Dugaan demi dugaan menimpa. "Maaf sayang. Syurgamu kini sudah bertukar jadi neraka" - Nishimura Riki "Kau akan dapat balasan atas segala perbuatan kau" - Lee Jiera Start: 07/09/2024 End: ??????? most im...